Thursday, December 9, 2010

Kenduri di Bukit Betong(Lipis)


yang diraikan,pengantin dan anaknya,medina

majlis mencukur jambul untuk 3 orang cucu sekaligus

KENANGAN TERINDAH BUAT ADIK IPAR DAN BIRASKU

Alhamdulillah....Akhirnya majlis yang dirancang telah berjalan dengan sempurna.
Saya cuma ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini dari mula hingga akhir.

Pada tarikh 19hb november,mereka telah bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan untuk memasak dan memasang kanopi untuk majlis kenduri..Pada 20hb november,mereka datang untuk membantu membuat rempah ratus untuk memasak.Pada sebelah petang,Lembu telah ditumbangkan dengan penuh harapan untuk memenuhi tuntutan akikah.

Pada malam itu,nasi berlaukkan gulai masam tempoyak tulang lembu.Hmm....tentu kecur air liur bagi penggemarnya.

Apa Yang paling istimewa bagi penduduk Kampung,ialah sambal budu atau sambal peda yang di hasilkan dari bahan-bahan yang istimewa iaitu,sayur pucuk ubi kayu,Daun kaduk dan daun kesum.Dengan pedas yang cukup,Sambal budu adalah menu istimewa yang wajib ada di setiap kenduri di Kampung kami.

Majlis malam itu di mulai dengan solat maghrib beramai-ramai dirumah kami dan di teruskan dengan tazkirah oleh Ustaz Zainuddin,iaitu bapa saudara kami dari Bandar Jengka.Selesai jamuan makan,majlispun bersurai.

Pagi 21hb november,adalah kemuncak bagi acara majlis.Dimulakan dengan solat subuh berjemaah yang diimamkan ustaz Zainuddin,diteruskan dengan kuliah subuh,mereka bergegas menyembelih seekor lagi lembu.

Majlis mencukur jambul dumulakan dengan alunan marhaban dan diikuti dengan selawat keatas nabi.

Ketibaan para tetamu menghiasi majlis jamuan nasi berlaukkan rendang daging,kari daging,gulai masam tempoyak batang keladi,acar timun dan sup.pencuci mulut istimewa ialah bubur kacang yang enak sekali.


Ketibaan keluarga pengantin perempuan kami dari perlis menggamatkan suasana bila pengantin lelaki sendiri mengambil bahagian untuk berpencak silat.namun ianya tidak panjang kerana bapa pengantin tidak membenarkan ianya berterusan panjang.

Jamuan berakhir dengan gotong royong membuka kanopi dan memulangkan barang-barang yang dipinjam.Buat anak-anak dan anak buah yang membaca coretan kenangan ini,tentu terasa masih berada dimajlis itu.Semoga kita semua dapat berkumpul lagi dimajlis lain.wassalam.



Pada 21hb november,