Thursday, May 20, 2010

MAKANAN MEMBENTUK KEIMANAN.


Ramai yang menganggap makanan dan minuman hanyalah sekadar untuk keperluan jasmani yang memberi kekuatan disamping menjaga kesihatan.

Ada juga orang yang melabelkan makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan.walau apapun,dalam islam,makan bukan sahaja untuk keperluan jasmani,tetapi ianya berperanan membentuk rohani seorang muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa.

Makan berlebihan,menjejaskan kesihatan dan merosakkan badan.Badan perlukan makanan sekadar untuk memenuhi keperluan fizikal,bukan menurut nafsu dan berlebih lebihan.

Dalam sebuah hadis,baginda bersabda yang bermaksud:-

'Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan,tidak pernah sampai kenyang.'

Dalam memenuhi keperluan jasmani ini,kita perlu memastikan setiap makanan itu halal pada zatnya,dan pada cara memperolehinya.

Maka kerana itu,Allah s.w.t melalui rasulnya mengharamkan beberapa jenis makanan dan menghalalkan yang lainnya.Allah s.w.t bukan sekadar memerintahkan manusia memakan makanan yang dihalalkan,malah manusia juga perlu memilih makanan yang baik-baik dan enak untuk keperluan jasmani dan membentuk rohani dan keperibadian.


Makanan yang haram merosakkan manusia,makanan yang halal adalah diberkati Allah lebih dari makanan yang banyak tetapi haram.

Satu rahmat untuk manusia kerana Allah menghalalkan makanan yang bermanfaat untuk manusia dan mengharamkan makanan yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri,keluarga ataupun masyarakat seluruhnya.

Makan makanan baik dan halal adalah syarat utama bagi Allah menerima segala amalnya.makanan yang haram pula menggelapkan hati dan menyebabkan segala amalan baik kita sukar diterima.makanan haram juga menghalang doa kita dari diterima Allah.

Makanan yang masuk kedalam peru kita ibarat minyak yang masuk kedalam lampu.andai minyak itu bercampur dengan air,lampu tidak akan menyala.kalau menyalapun,cahayanya akan malap.Makanan haram yang masuk kedalam perut kitaakan menjejaskan segala amalan kita.


Sebuah terjemahan hadis,

"setiap anggota tubuh badan yang membesar hasil daripada memakan makanan haram,sesungguhnya neraka adalah lebih layak untuknya.

Makan makanan haram bererti kita telah melakukan kesalahan melanggar perintah Allah.Akibat membesar dengan makanan haram,maka jadilah dia manusia yang sukar menerima ajaran dan hidup bertuhankan nafsu.Akibat rosaknya akhlak dan kesopanan,maka nerakalah tempat paling layak.

Dari makanan juga,mungkin lahirnya golongan manusia yang tidak bermaruah,tiada nilai diri yang akhirnya menjadi sampah masyarakat.makanan haram menggelapkan hati dan menyukarkan kita menerima ajaran islam.malahan makanan haram juga boleh membuat kita sukar meninggalkan perbuatan munkar dan dosa-dosa.

Sebagai ibubapa,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan makanan yang kita berikan kepada anak-anak adalah makanan yang halal.sesetengah mereka memilih makanan kesihatan,makanan yang meransang minda,bervitamin dan sebagainya.


(sebahagian idea disunting dari buku ISLAM DAN ANDA,tulisan Datuk abu Hassan Din Al-Hafiz)

Monday, May 17, 2010

SMILE RESCUE 119




My husband working at majalah gelihati before majalah gelihati production was end.

so,I want to share his cartoons at gelihati at isu November 1995.and I want to share more at the next time.

Saturday, May 15, 2010

AKALNYA 3 DIRHAM


Zaman dahulu,disebuah negeri ditimur tengah ada seorang raja yang adil dan disayangi oleh sekelian isi istana dan rakyat jelata.Baginda sudah tua dan mempunyai seorang putera yang bersifat pemimpin tetapi sangat terpaut dengan wanita dan harta.Baginda sangat khuatir mengenainya.

Baginda menjodohkan putera itu dengan anak gadis perdana menteri yang bersifat solehah dan terdidik sejak kecil lagi.

Putera menurut sahaja kemahuan ayahandanya kerana baginya tiada bezanya ada isteri atau tidak.Hamba sahaya tahanan perang sudah cukup untuk menghiburkan hatinya.Baginya,tentu gadis pingitan anak menteri itu membosankan dan tidak tahu apa-apa.

Setelah perkahwinan,perangai putera masih belum berubah.Dia masih mengutamakan hamba sahayanya terutamanya dua wanita yang selalu menjadi perhatiannya.Raja dan isterinya tidak putus-putus berdoa dan berusaha agar putera berubah.

Suatu malam,raja dan perdana menteri bermimpi serentak supaya putera belayar membawa dagangan.Sebelum belayar,putera bertemu dengan kedua hamba kegemarannya seraya bertanya apakah yang mereka inginkan.Dengan wajah berseri-seri,mereka meminta dibawakan emas permata.Maka berjanjilah putera untuk memenuhi permintaan wanita kesayangannya itu.

Raja bertanya kepada putera."Wahai anakku,sudahkah kau bertanya kepada isterimu kalau-kalu dia mahukan apa-apa?"

Cepat-cepat putera berjumpa isterinya dan bertanya.
"Adinda nak kirim satu benda saja.Dengan tiga dirham ini,tolong belikan 'akal' untuk adinda."

Akal?apalah bendanya tu.Tiga dirham,tentu barang yang murah dan mudah dicari.Kenapalah ayahanda memilih perempuan begini untuknya?tentu perdana menteri ni seorang yang pandai mengampu sehinggakan perempuan pelik begini mahu dijadikan permaisuri?fikir putera.

"Itu saja yang adinda mahukan."kata si isteri.

Maka belayarlah putera dengan diiringi doa ayahanda bonda dan isteri yang ikhlas menjadikan perkahwinan itu sebagai jalan mendapat keredhaan Allah s.w t.Walaupun hatinya tersentuh kerana suami yang endah tak entah terhadapnya dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami,namun dia tetap redha mentaati suami yang diamanahkan Allah kepadanya.

Dengan izin Allah,perniagaan putera berjaya mengaut keuntung yang berlipat ganda.Hadiah emas permata untuk kedua wanita kesayangannya telahpun dibeli.Putera sangat gembira dan tidak sabar untuk pulang.

Kegembiraan putera terganggu bila ribut tiba-tiba melanda kapal.Layar mula diturunkan dan seluruh anak kapal berdoa kepada Allah agar terhindar dari malapetaka.

Ada seorang yang ditua-tuakan bersuara."ada apa-apa lagikah amanah dan pesanan yang belum kita tunaikan>?Entah-entah ribut ini adalah peringatan dari Allah."

Tiba-tiba putera teringat kepada duit tiga dirham kiriman isterinya.Barulah dia sedar bahawa dia belum membelikan akal untuk isterinya.
"Kiriman isteri saya belum tertunai,"si putera mengaku.

"Kalau begitu,kita singgah di pulau berdekatan untuk membeli ole-ole untuk isteri tuanku itu."

Siputera ditemani beberapa pengiring turun kepulau mencari akal

Putera terasa sungguh tersiksa pada hari ini.tubuhnya dibasahi peluh kerana mencari akal untuk isterinya.Apatah lagi setiap kali putera menanyakan akal kepada penjual,pasti dia akan diketawakan.

Putera sudah mula merasa cuak dan geram dengan isterinya.Akhirnya putera bertemu dengan seorang tua.Putera berazam,andai orang tua itu juga mentertawakannya.putera akan terus naik kekapal dan mencari akal ditempat lain.

"Tuk tahu tak dimana saya boleh membeli akal?"

"Akal?Anak dari mana dan nak buat apa dengan akal?"

Putera merasa lega kerana tidak ditertawakan kali ini.diapun menceritakan dari awal hingga akhir.Orang tua itu mendengar sambil mengguk-anggukkan kepala.

"Anak telah memiliki isteri yang baik tetapi anak tidak menghargainya dan tidak menunaikan tanggungjawab anak kepadanya kerana asyik dengan kedua hamba sahaya itu.Cuba anak peruntukkan sidikit waktu bersamanya dan mengenalinya,anak tentu tidak akan menyesal..Kalau anak faham apa yang Tuk cakapkan ni,anak akan dapat akal yang isteri anak pesan sebaik saja anak masuk kebiliknya."

Putera merasa sangat lega lalu menawarkan emas permata kepada orang tua itu tetapi ditolak."Cukuplah dengan tiga dirham yang isteri anak bekalkan."


Kembalilah putera dan rombongannya dengan selamat.Namun malang bagi putera kerana tergelincir dan terjatuh kedalam selut.Dengan badan yang dibaluti selut,putera tidak sabar-sabar hendak menunjukkan emas permata yang dibelinya untuk hamba-hambanya itu.

Sampai di istana,putera memegang dua uncang emas permata sambil menggoyang-goyangkannya dihadapan mata mereka.Dengan gembira mereka mengambil uncang dan membelek-beleknya tanpa pedulikan putera yang tercegat dihadapan mereka.

"akukah atau emas yang penting bagi kamu?"
"Cantiknya...berkilat-kilat"Putera tetap tidak diendahkan.
"Eerrrkk....pergilah bersihkan diri dulu.Busuk!"
Alangkah murkanya putera lalu merampas semula emas dan permata tadi dan keluar dari situ menuju kebilik isterinya.Dia tidak mahu sesiapa melihatnya dalam keadaan begitu.Tempat isterinya saja yang sesuai untuk membersihkan diri.

Si isteri terperanjat.Namun bila melihat saja suaminya yang masuk,segera disambutnya dengan hormat.Tangan suaminya dicium penuh hormat.Putera tergamam.

"Selamat pulang wahai suamiku.kekanda tentu letih.Berehatlah dulu,nanti dinda ambilkan pakaian."

"Tak busuk ke?"tiba-tiba suara putera terkeluar.

"Busuk lagi hati isteri yang tidak menggembirakan suami yang letih pulang dari bertugas."

Alangkah tersentuh hati putera dengan sambutan isterinya.Oleh kerana tergamam,putera menurut apa saja yang dilakukan terhadapnya.Dimandikan,disapu wangi-wangian,dan diberikan makanan yang lazat-lazat.Wajah isterinya pula sentiasa manis dan berseri.Si isteri tidak sedikitpun menjeling pada uncang-uncang emas permata yang separuh terbuka.Dia juga tidak bertanya tentang barang kirimannya.

"Eerrr....akal yang adinda pesan tu,err...."siputera terkelu.Tiba-tiba timbul rasa segan pula kepada isterinya.Si isteri hanya diam dan tenang.

"Kekanda telahpun mendapat akal yang dinda pesan."
"Mana dia?"tanya si isteri.
"Sekarang ini ia ada pada kekanda."
"Boleh adinda miliki sekarang?"
Putera tunduk.Dipegang tangan isteri dan matanya direnung.

"Kekanda memiliki isteri yang baik tapi kanda tidak pernah syukuri nikmat ini."Puterapun menceritakan semua pengalamannya dan berterus terang bagaimana sambutan isterinya telah menyedarkannya tentang kesilapannya selama ini.

"Sebenarnya kekanda telah membeli akal dengan seluruh pelayaran ini dan doa ayahanda kita yang inginkan kesejahteraan dunua dan akhirat.Bukan hanya kita,malahan untuk semua rakyat negeri ini."

Sejak hari itu,insaflah putera.Apabila diterangkan rupa orang tua yang ditemuinya ,ternyata orang tua yang samalah yang hadir dalam mimpi raja dan perdana menteri yang menyuruh putera belayar.orang tua itu jugalah yang menyuruh isterinya meminta dibelikan akal dengan tiga dirham.

Tidak ada perkara yang mustahil jika Allah tentukan.Allah sajalah tempat mengadu dan kepunyaannyalah segala yang dilangit dan dibumi.(cerita dari majalah o.k tetapi diubah suai untuk memendekkan cerita)

Saya memilih cerita ini untuk dipaparkan kerana cerita ini menggambarkan pengorbanan seorang isteri yang menghormati suaminya walaupun berkahwin kerana pilihan orang tua.

Syurga isteri adalah disisi suaminya walau ketika susah ataupun senang.Kepada suami,bersyukurlah kerana memiliki isteri yang solehah.Dan buat semua...bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kerana setiap apa yang Allah tentukan untuk kita,insyaallah ada fadilat disebaliknya.

Friday, May 14, 2010

SMJ.21(SELAMAT HARI GURU)


-----------------------------------------------------------------------------------------


Sempena hari guru pada tahun ini,saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada bekas guru-guru saya di SMJ.21 semenjak tahun 1983 sehingga 1987.dan selamat hari guru juga buat semua para guru yang banyak berjasa mendidik sekalian murid dengan ikhlas.

Pada tahun 1983,ialah tahun pertama sekolah menengah jengka 21 dibuka.Namun begitu,kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah musim tengkujuh yang melanda pada tahun 1984 begitu menguji kami sebagai murid dan guru-gurunya.

Disini saya suntingkan gambar dari majalah teratai(majalah sekolah)sebagai tanda kenangan yang tidak akan luntur dari hati semua pelajar dan guru kami.Bila jalan bertukar menjadi sawah,apa lagi hendak kami katakan.

Musim hujan berlarutan dari bulan januari sehingga bulan mac.Keadaan tanah merah yang berdebu telah mula bertukar menjadi lopak.Sewaktu sekolah mula dibuka,keadaan tidaklah begitu teruk.Bagaimanapun,kasut,seluar baju dan beg sekolah murid sudah bertukar kuning.

Ketika peristiwa itu,saya baru belajar ditingkatan dua.Bayangkanlah bagaimana kami hendak kesekolah dengan meredah jalan yang berlumpur ini dengan pakaian seragam putih yang mampu bertukar warna bila-bila masa sahaja.

Setiap hari kami pergi kesekolah menaiki bas sekolah yang tayarnya melekat lumpur sehingga selalu saja bas tidak mampu bergerak dan terpaksa dipanggil traktor untuk menarik kami kesekolah.Hampir setiap hari kami sampai lewat ke sekolah.

Kadang-kadang,kerana bas kami tidak dapat bergerak,kami terpaksa meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Sekolah demi untuk belajar.Sampai disekolah,kami terpaksa membersihkan lumpur yang 2inci menyaluti kasut.Kami juga terpaksa belajar dengan memakai kasut yang basah.

Oleh kerana bas kami selalu terlekat dilumpur,bas juga menjadi rosak.kami kadang-kadang tidak dapat pergi kesekolah.Apa yang lebih menguji kami ialah bila bas sekolah tidak dapat mengambil kami pulang dari sekolah kerana bas terlekat tidak dapat bergerak.

Kami terpaksa berjalan kaki dari Jengka 21 pulang kerumah.ada yang tinggal dijengka 13,agak dekat dari jengka 21.kejengka 12 lebih jauh,dan ke jengka 9 adalah terasa sangat jauh untuk berjalan kaki.namun,itulah kenangan kami ketika di sekolah dulu.

Bukan kami saja yang merasakan peritnya,tetapi bagi guru-guru kami yang terpaksa terjengket-jengket meredah selut untuk mengajar kami disekolah.Ada setengahnya lebih senang berkaki ayam untuk meredah selut.

Bila hujung minggu,tentulah mereka ingin keluar kebandar atau pulang kekampung,tetapi apakan daya,terpaksalah mereka bersabar.Dari menumpang scramler,terpaksa minta bantuan landrover dari Felda.Tetap bila landrover lekat dalam selut,tiada apa lagi mampu mereka lakukan melainkan tidur.

Hari ini,tahun 2010,setelah 28tahun usia SMJ21,jalanraya telah lama siap diturap.Bekas murid SMJ21 telah berjaya meneruskan hidup masing-masing.Terima kasih SMJ21,terima kasih cikgu.

(penghargaan untuk Puan Rosni,Puan Normah cikgu kesayangan saya,cikgu azahari guru pengkap saya,cikgu Amran yang berjaya membuat kami score matematik,cikgu Suhaimi guru s.p saya,dan semua guru-guru SMJ21).

Sunday, May 9, 2010

ISLAM MEMULIAKAN WANITA(selamat hari ibu)


Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu,
berpuasa pada bulan ramadhan,
menjaga maruahnya dan mentaati suaminya,
maka dia diakhirat akan disuruh untuk masuk kedalam syurga melalui pintu mana yang dia sukai-hadis riwayat al-Bazzar

Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia.
kalau tangan itu baik,akan bersemaraklah dunia dengan keamanan,
tetapi kalau tangan yang menggoncang itu memang jahat,kelak anak itulah yang akan menggegarkan dunia dengan kemungkaran.

Perempuan itu penting dalam hidup lelaki.Jika tidak,Allah S.W.T tidak akan menjadikan Hawa dari tulang rusuk nabi Adam a.s untuk memenuhi rasa kesunyiannya bersendirian disyurga.Namun dalam bentuknya yang lemah,wanita memerlukan lelaki yang dapat membimbingnya kearah kesempurnaan.

Islam memberikan beberapa kelonggaran kepada wanita dalam soal beribadah kepada Allah s.w.t.Cukup dengan bersyahadah,menunaikan solat lima waktu,berpuasa dibulan ramadhan.malah dalam dalam keadaan tertentu seperti kedatangan haid dan nifas,perempuan boleh meninggalkannya.malahan haram pula jika melakukannya.

Perempuan tidak perlu solat berjemaah untuk mendapatkan pahala solat jemaah.cukup sekadar mendidik anak-anak(jika sudah berkeluarga)dirumah dan redha dengan pemberian suaminya.

perempuan juga tidak akan disentuh api neraka jika ikhlas berkhidmat kepada suaminya dan keluarganya,serta memelihara kehormatan dirinya dan harta suaminya.

Perempuan juga mempunyai keistimewaan dengan kuasa pujukan.kehebatan wanita dalam pujuk memujuk memang tidak dapat disangkalkan lagi.Siti Khadijah dapat memujuk rasulullah ketika baginda menggigil ketakutan pertama kali bertemu dengan jibril digua Hira'Jangan ada yang menggunakan keistimewaan ini untuk jalan maksiat pula.

Perempuan juga mempunyai kecantikan dan kuasa layanannya.kecantikan dan kelembutan wanita dapat memujuk suami kejalan kebaikan.insyaallah.apalagi dengan layanan yang baik,pasti dikasihi seperti isteri dan ibu.layanan baik itu perlu disalur kepada orang yang berhak,bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah,malah keinginannya juga mudah dipenuhi.

Doa perempuan lebih makbul kerana sifat penyayangnya.sebuah hadis bermaksud,
"Doa ibu itu lebih cepat makbul"
"kenapa ya rasulullah?"jawab baginda,
"ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan disia-siakan"

Ketaqwaan juga lebih mudah diperolehi perempuan kerana kehalusan budinya adalah benteng baginya dari melakukan dosa berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya dihabiskan diluar yang penuh dengan godaan,cubaan dan ujian.

Sekuatmanapun lelaki,mereka juga datang dari rahim seorang perempuan.dikandung,dilahirkan,menatih,mendidik dan memelihara hingga dewasa.tetapi kemuliaan wanita itu harus dengan taat pada kaum suami.

"Perempuan yang taat akan suaminya,semua burung diudara,ikan diair,malaikat dilangit,matahari dan bulan semuanya beristighafar baginya selama mana dia masih taat pada suaminya dan diredhainya(serta menjaga sembahyang dan puasanya)"
maka jagalah perbuatan dan percakapan kita agar kita tidak nusyuz kepada suami.

"Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkkan dia kedalam syurga lebih dahulu dari suaminya(10,000 tahun)kerana dia memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun kemahligai suaminya dan mengadapnya."


Dengan begini hebat anugerah Allah kepada kaum wanita,peliharalah dengan sebaik-baiknya kerana sekali Allah mencabut kemuliaan itu,perempuan akan menjadi amat hina sehingga tiada tempat yang lebih layak baginya kecuali neraka.na'uzubillah himinzaalik.

Kepada saudari yang belum berumah tangga,taatilah dan peliharalah hati kedua ibubapa kita kerana saudari adalah penawar kepada mereka.tetapi juga mampu menjadi racun kepada mereka jika tidak menjaga pertuturan terhadap mereka.


Pada hari ini,9hb may 2010,sempena sambutan hari ibu,saya ingin memesan kepada semua dan diri sentiri agar menjaga batas-batas ugama kita dengan sempurna agar dapat menjadi wanita solehah dan menjadi anak yang baik.hargailah kedua ibubapa yang memelihara kita sejak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang.

Walaupun arwah ibu saya telah kembali kerahmatullah enam tahun lalu,namun saya merasa seolah-olah baru semalam dia pergi meninggalkan kami.Alangkah rindunya hati bila mengingati betapa besarnya pengorbanan ibu sepanjang hayatnya.

Saya masih lagi merindui Karipap buatan tangannya,saya masih lagi merindui nasi dagang dari air tangannya,saya masih rindu untuk memeluk dan mencium tangannya.dan untuk para ibu....janganlah abaikan tanggungjawab memasak untuk suami dan anak-anak kerana itulah sentuhan perasaan yang paling mengeratkan kasih sayang antara keluarga.Semoga arwah ibu saya ditempatkan disyurga palaing atas.amin....

Sunday, May 2, 2010

KENANGAN GUNUNG SENYUM


Gunung Senyum ialah sebuah sebuah tempat yang terkenal dikalangan masyarakat felda.Tingginya ialah 486meter.Ianya terletak di Felda jengka 25,hampir dengan sungai Pahang.Kita boleh pergi ke Gunung Senyum dengan melalui jalan darat dan juga air.

Melalui jalan darat,kita boleh melalui lalual dari Jerantut atau dari Temerluh.Manakala melalui jalan air,kita boleh menyeberangi sungai dikuala krau untuk melauinya tetapi sekarang,kita sudah boleh menggunakan jambatan yang baru siap dibina.

Saya pernah pergi kegunung senyum bersama kawan-kawan.tetapi ketika itu Gunung Senyum belum dibangunkan lagi seperti sekarang.sekarang ini,Gunung Senyum sudah mula menjadi tumpuan setelah dibangunkan.Terdapat chalet-chalet yang telah dibina dan dikenakan sewa sebanyak RM30 untuk satu malam.

Digunung senyum terdapat 18 buah gua.
1.Gua angin.

2.Gua terang bulan(kerana jika kita berada didalamnya,cahaya yang masuk melalui sebuah lubang di atas bumbung gua membuatkan kita terasa seperti berada dibawah sinaran bulan)

3.Gua nisan

4.Gua kelawar(bila kita melaluinya,pasti ada kumpulan kelawar yang melintas.kadang-kadang terdapat juga orang yang datang untuk mengambil tahi kelawar untuk dibuat baja tanaman dirumah mereka)

5Gua tali air.

6.Gua makam tok long(dipercayai kubur orang asli yang menghuni tempat itu)

7Gua silat(untuk masuk kedalam gua ini,kita perlu melalui lorong yang sempit semuat orang berbadan sederhana sahaja.tapi suasana didalamnya memang seolah-olah berada digelanggang silat)

8.Gua danau impian

9.GUa gajah.

10.Gua taman dua.

11.Gua taman 1.

12.Gua kolam tujuh.

13.Gua hidang.

14.Gua sara.

15.Gua piala dan gudang kelawar.

16.Gua merlap.

17.Gua tapa.

18.Gua kambing.

Dikaki gunung senyum selalu dijadikan tapak perkhemahan oleh persatuan-persatuan dari berbagai sekolah disekitar segitiga jengka,dan ianya amat sesuai untuk program JUNGLE TRAKING.Terdapat juga laluan untuk orang berjogging,tempat orang berkelah,dan kita juga boleh meneroka gua-gua yang menyeronokkan.

Anda orang Pahang?sedangkan orang luar negara mampu melancung disini,kenapa kita tidak?Sebagai anak pahang,saya senang berkunjung kegunung senyum.sambil kita beriada mengeluarkan peluh,kita juga dapat menghayati ciptaan Allah yang sungguh mengagumkan.

Berhampiran gunung senyum juga terdapat dua buah gua lain iaitu gua kelam dan gua jebak puyuh.kalaulah ada yang pernah kesana dengan pengalaman mereka,berilah komen untuk kita kongsi bersama.

RINDU GUNUNG SENYUM,RINDU JENGKA.