Saturday, May 15, 2010
AKALNYA 3 DIRHAM
Zaman dahulu,disebuah negeri ditimur tengah ada seorang raja yang adil dan disayangi oleh sekelian isi istana dan rakyat jelata.Baginda sudah tua dan mempunyai seorang putera yang bersifat pemimpin tetapi sangat terpaut dengan wanita dan harta.Baginda sangat khuatir mengenainya.
Baginda menjodohkan putera itu dengan anak gadis perdana menteri yang bersifat solehah dan terdidik sejak kecil lagi.
Putera menurut sahaja kemahuan ayahandanya kerana baginya tiada bezanya ada isteri atau tidak.Hamba sahaya tahanan perang sudah cukup untuk menghiburkan hatinya.Baginya,tentu gadis pingitan anak menteri itu membosankan dan tidak tahu apa-apa.
Setelah perkahwinan,perangai putera masih belum berubah.Dia masih mengutamakan hamba sahayanya terutamanya dua wanita yang selalu menjadi perhatiannya.Raja dan isterinya tidak putus-putus berdoa dan berusaha agar putera berubah.
Suatu malam,raja dan perdana menteri bermimpi serentak supaya putera belayar membawa dagangan.Sebelum belayar,putera bertemu dengan kedua hamba kegemarannya seraya bertanya apakah yang mereka inginkan.Dengan wajah berseri-seri,mereka meminta dibawakan emas permata.Maka berjanjilah putera untuk memenuhi permintaan wanita kesayangannya itu.
Raja bertanya kepada putera."Wahai anakku,sudahkah kau bertanya kepada isterimu kalau-kalu dia mahukan apa-apa?"
Cepat-cepat putera berjumpa isterinya dan bertanya.
"Adinda nak kirim satu benda saja.Dengan tiga dirham ini,tolong belikan 'akal' untuk adinda."
Akal?apalah bendanya tu.Tiga dirham,tentu barang yang murah dan mudah dicari.Kenapalah ayahanda memilih perempuan begini untuknya?tentu perdana menteri ni seorang yang pandai mengampu sehinggakan perempuan pelik begini mahu dijadikan permaisuri?fikir putera.
"Itu saja yang adinda mahukan."kata si isteri.
Maka belayarlah putera dengan diiringi doa ayahanda bonda dan isteri yang ikhlas menjadikan perkahwinan itu sebagai jalan mendapat keredhaan Allah s.w t.Walaupun hatinya tersentuh kerana suami yang endah tak entah terhadapnya dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami,namun dia tetap redha mentaati suami yang diamanahkan Allah kepadanya.
Dengan izin Allah,perniagaan putera berjaya mengaut keuntung yang berlipat ganda.Hadiah emas permata untuk kedua wanita kesayangannya telahpun dibeli.Putera sangat gembira dan tidak sabar untuk pulang.
Kegembiraan putera terganggu bila ribut tiba-tiba melanda kapal.Layar mula diturunkan dan seluruh anak kapal berdoa kepada Allah agar terhindar dari malapetaka.
Ada seorang yang ditua-tuakan bersuara."ada apa-apa lagikah amanah dan pesanan yang belum kita tunaikan>?Entah-entah ribut ini adalah peringatan dari Allah."
Tiba-tiba putera teringat kepada duit tiga dirham kiriman isterinya.Barulah dia sedar bahawa dia belum membelikan akal untuk isterinya.
"Kiriman isteri saya belum tertunai,"si putera mengaku.
"Kalau begitu,kita singgah di pulau berdekatan untuk membeli ole-ole untuk isteri tuanku itu."
Siputera ditemani beberapa pengiring turun kepulau mencari akal
Putera terasa sungguh tersiksa pada hari ini.tubuhnya dibasahi peluh kerana mencari akal untuk isterinya.Apatah lagi setiap kali putera menanyakan akal kepada penjual,pasti dia akan diketawakan.
Putera sudah mula merasa cuak dan geram dengan isterinya.Akhirnya putera bertemu dengan seorang tua.Putera berazam,andai orang tua itu juga mentertawakannya.putera akan terus naik kekapal dan mencari akal ditempat lain.
"Tuk tahu tak dimana saya boleh membeli akal?"
"Akal?Anak dari mana dan nak buat apa dengan akal?"
Putera merasa lega kerana tidak ditertawakan kali ini.diapun menceritakan dari awal hingga akhir.Orang tua itu mendengar sambil mengguk-anggukkan kepala.
"Anak telah memiliki isteri yang baik tetapi anak tidak menghargainya dan tidak menunaikan tanggungjawab anak kepadanya kerana asyik dengan kedua hamba sahaya itu.Cuba anak peruntukkan sidikit waktu bersamanya dan mengenalinya,anak tentu tidak akan menyesal..Kalau anak faham apa yang Tuk cakapkan ni,anak akan dapat akal yang isteri anak pesan sebaik saja anak masuk kebiliknya."
Putera merasa sangat lega lalu menawarkan emas permata kepada orang tua itu tetapi ditolak."Cukuplah dengan tiga dirham yang isteri anak bekalkan."
Kembalilah putera dan rombongannya dengan selamat.Namun malang bagi putera kerana tergelincir dan terjatuh kedalam selut.Dengan badan yang dibaluti selut,putera tidak sabar-sabar hendak menunjukkan emas permata yang dibelinya untuk hamba-hambanya itu.
Sampai di istana,putera memegang dua uncang emas permata sambil menggoyang-goyangkannya dihadapan mata mereka.Dengan gembira mereka mengambil uncang dan membelek-beleknya tanpa pedulikan putera yang tercegat dihadapan mereka.
"akukah atau emas yang penting bagi kamu?"
"Cantiknya...berkilat-kilat"Putera tetap tidak diendahkan.
"Eerrrkk....pergilah bersihkan diri dulu.Busuk!"
Alangkah murkanya putera lalu merampas semula emas dan permata tadi dan keluar dari situ menuju kebilik isterinya.Dia tidak mahu sesiapa melihatnya dalam keadaan begitu.Tempat isterinya saja yang sesuai untuk membersihkan diri.
Si isteri terperanjat.Namun bila melihat saja suaminya yang masuk,segera disambutnya dengan hormat.Tangan suaminya dicium penuh hormat.Putera tergamam.
"Selamat pulang wahai suamiku.kekanda tentu letih.Berehatlah dulu,nanti dinda ambilkan pakaian."
"Tak busuk ke?"tiba-tiba suara putera terkeluar.
"Busuk lagi hati isteri yang tidak menggembirakan suami yang letih pulang dari bertugas."
Alangkah tersentuh hati putera dengan sambutan isterinya.Oleh kerana tergamam,putera menurut apa saja yang dilakukan terhadapnya.Dimandikan,disapu wangi-wangian,dan diberikan makanan yang lazat-lazat.Wajah isterinya pula sentiasa manis dan berseri.Si isteri tidak sedikitpun menjeling pada uncang-uncang emas permata yang separuh terbuka.Dia juga tidak bertanya tentang barang kirimannya.
"Eerrr....akal yang adinda pesan tu,err...."siputera terkelu.Tiba-tiba timbul rasa segan pula kepada isterinya.Si isteri hanya diam dan tenang.
"Kekanda telahpun mendapat akal yang dinda pesan."
"Mana dia?"tanya si isteri.
"Sekarang ini ia ada pada kekanda."
"Boleh adinda miliki sekarang?"
Putera tunduk.Dipegang tangan isteri dan matanya direnung.
"Kekanda memiliki isteri yang baik tapi kanda tidak pernah syukuri nikmat ini."Puterapun menceritakan semua pengalamannya dan berterus terang bagaimana sambutan isterinya telah menyedarkannya tentang kesilapannya selama ini.
"Sebenarnya kekanda telah membeli akal dengan seluruh pelayaran ini dan doa ayahanda kita yang inginkan kesejahteraan dunua dan akhirat.Bukan hanya kita,malahan untuk semua rakyat negeri ini."
Sejak hari itu,insaflah putera.Apabila diterangkan rupa orang tua yang ditemuinya ,ternyata orang tua yang samalah yang hadir dalam mimpi raja dan perdana menteri yang menyuruh putera belayar.orang tua itu jugalah yang menyuruh isterinya meminta dibelikan akal dengan tiga dirham.
Tidak ada perkara yang mustahil jika Allah tentukan.Allah sajalah tempat mengadu dan kepunyaannyalah segala yang dilangit dan dibumi.(cerita dari majalah o.k tetapi diubah suai untuk memendekkan cerita)
Saya memilih cerita ini untuk dipaparkan kerana cerita ini menggambarkan pengorbanan seorang isteri yang menghormati suaminya walaupun berkahwin kerana pilihan orang tua.
Syurga isteri adalah disisi suaminya walau ketika susah ataupun senang.Kepada suami,bersyukurlah kerana memiliki isteri yang solehah.Dan buat semua...bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kerana setiap apa yang Allah tentukan untuk kita,insyaallah ada fadilat disebaliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment