Thursday, May 20, 2010

MAKANAN MEMBENTUK KEIMANAN.


Ramai yang menganggap makanan dan minuman hanyalah sekadar untuk keperluan jasmani yang memberi kekuatan disamping menjaga kesihatan.

Ada juga orang yang melabelkan makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan.walau apapun,dalam islam,makan bukan sahaja untuk keperluan jasmani,tetapi ianya berperanan membentuk rohani seorang muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa.

Makan berlebihan,menjejaskan kesihatan dan merosakkan badan.Badan perlukan makanan sekadar untuk memenuhi keperluan fizikal,bukan menurut nafsu dan berlebih lebihan.

Dalam sebuah hadis,baginda bersabda yang bermaksud:-

'Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan,tidak pernah sampai kenyang.'

Dalam memenuhi keperluan jasmani ini,kita perlu memastikan setiap makanan itu halal pada zatnya,dan pada cara memperolehinya.

Maka kerana itu,Allah s.w.t melalui rasulnya mengharamkan beberapa jenis makanan dan menghalalkan yang lainnya.Allah s.w.t bukan sekadar memerintahkan manusia memakan makanan yang dihalalkan,malah manusia juga perlu memilih makanan yang baik-baik dan enak untuk keperluan jasmani dan membentuk rohani dan keperibadian.


Makanan yang haram merosakkan manusia,makanan yang halal adalah diberkati Allah lebih dari makanan yang banyak tetapi haram.

Satu rahmat untuk manusia kerana Allah menghalalkan makanan yang bermanfaat untuk manusia dan mengharamkan makanan yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri,keluarga ataupun masyarakat seluruhnya.

Makan makanan baik dan halal adalah syarat utama bagi Allah menerima segala amalnya.makanan yang haram pula menggelapkan hati dan menyebabkan segala amalan baik kita sukar diterima.makanan haram juga menghalang doa kita dari diterima Allah.

Makanan yang masuk kedalam peru kita ibarat minyak yang masuk kedalam lampu.andai minyak itu bercampur dengan air,lampu tidak akan menyala.kalau menyalapun,cahayanya akan malap.Makanan haram yang masuk kedalam perut kitaakan menjejaskan segala amalan kita.


Sebuah terjemahan hadis,

"setiap anggota tubuh badan yang membesar hasil daripada memakan makanan haram,sesungguhnya neraka adalah lebih layak untuknya.

Makan makanan haram bererti kita telah melakukan kesalahan melanggar perintah Allah.Akibat membesar dengan makanan haram,maka jadilah dia manusia yang sukar menerima ajaran dan hidup bertuhankan nafsu.Akibat rosaknya akhlak dan kesopanan,maka nerakalah tempat paling layak.

Dari makanan juga,mungkin lahirnya golongan manusia yang tidak bermaruah,tiada nilai diri yang akhirnya menjadi sampah masyarakat.makanan haram menggelapkan hati dan menyukarkan kita menerima ajaran islam.malahan makanan haram juga boleh membuat kita sukar meninggalkan perbuatan munkar dan dosa-dosa.

Sebagai ibubapa,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan makanan yang kita berikan kepada anak-anak adalah makanan yang halal.sesetengah mereka memilih makanan kesihatan,makanan yang meransang minda,bervitamin dan sebagainya.


(sebahagian idea disunting dari buku ISLAM DAN ANDA,tulisan Datuk abu Hassan Din Al-Hafiz)

No comments:

Post a Comment