Friday, June 4, 2010

MARAH KEPADA SIAPA



Suatu hari,Syaqiq Al-Balkhi membeli sebiji buah tembikai untuk isterinya.Dengan gembira,si isteri membelah buah itu dan dimakannya.sayangnya,tembikai itu tidak baik dan tawar.Maka marahlah isteri Syaqiq.

"E...e...engkau marah kepada siapa?tanya Syaqiq.
"Apakah engkau marah kepada si penjual,si pembeli,si petani yang menanamnya atau marah kepada si penciptanya?"

Isteri Sysqiq diam saja dan tidak menjawab.

Kemudian Syaqiq berkata"Kalau engkau marah kepada si penjual,tidak kena.Sekiranya dia membuat tembikai itu,sudah tentu dia akan menjual yang terbaik sahaja.Kalau engkau marah kepada si pembeli,tentunya dia akan membeli yang terbaik.Kalau engkau marah kepada si petani,jika boleh membuat tembikai,nescaya hanya tumbuh yang baik-baik saja.Tidak lain marahmu itu hanya kepada penciptanya.Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redha terhadap semua ketentuannya."

Mendengar itu,isteri Syaqiq menangis dan bertaubat.Diapun redha terhadap semua ketentuan Allah atas dirinya.


(Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Azdi Al-Balkhi adalah seorang ulama sufi berasal dari Balkh.Pada mulanya dia seorang peniaga besar,tetapi kemudian memilih jalan lain.Syaqiq gugur sebagai syahid ketika mengikut perang fisabilillah pada tahun 194H/810M.)

-Petikan dari himpunan kisah lucu oleh A.K.Alang Jaafar


Kadang-kadang,kita terlalu cepat marah dan bercakap mengikut rasa.Setelah membaca cerita ini,saya juga terfikir kadang-kadang kita meluahkan kemarahan dengan tidak bertempat.wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment