kadang-kadang,perjalanan menaiki bas menyeronokkan,tetapi kadang-kadang semuanya tidak berjalan dengan seperti yang kita harapkan.
Oleh kerana saya masih baru didalam blogger,seperti perjalanan ini yang tidak seperti yang diharapkan,kartun ini terpaksa dibaca dari bawah keatas.harap maaf.
Pada 5hb.jun 2010,kami memulakan perjalanan dari rumah ke perhentian pekeliling atau Titiwangsa.Kami mendapat tiket perjalanan pada pukul 9pagi.Perjalanan kami sampai ke perhentian raub pada pukul 12.15minit tengahari.
Sementara menanti bas yang akan membawa kami ke Kecau,kami sempat makan makan nasi goreng ikan masin yang sedap di situ.mi kari yang dihidangkan juga sedap.
Sementara menanti bas yang akan tiba pada pukul 1.30,kami membawa anak kami bermain di taman permainan yang ada disitu.walaupun cuaca agak panas,hembusan angin sepoi agak menyamankan.Cuma sesekali,bau longkang menusuk hidung kerana lokasi taman itu sangat berdekatan dengan longkang.
Tepat jam 1.30,bas tiba dan kami terus menaiki bas untuk meneruskan perjalanan.Bas sudah hampir penuh,tetapi saya masih bernasib baik kerana ada tempat duduk disebelah seorang pakcik.Saya terpaksa meriba anak perempuan saya yang berumur enam tahun.Suami saya pula duduk di sebelah seorang budak lelaki sambil meriba anak lelaki saya yang berumur empat tahun.
Perjalanan yang agak jauh memang memenatkan kerana kerusi yang kecil itu tidak sesuai untuk meriba anak.Bas berhenti beberapa kali untuk menaikkan penumpang menjadikan bas kian sesak dengan penumpang.Bas kini telah dipenuhi dengan 50% penumpang rakyat Bangladesh.
Cuaca yang panas dan suasana dalam bas yang sesak membuatkan semua orang agak rimas.Teringat semasa saya dan suami berulang alik pergi ke tempat kerja menaiki bas mini yang penuh sesak.Sekarang bas mini sudah tiada lagi di sekitar kuala lumpur.
"Aaahhhh!!!!mana boleh tahan macam ni!Apek.....tengok bangla ni dia **** dia punya nak tunjuk ***** ke tak.tolonglah."terkejut satu bas bila menjengar suara jeritan yang datang dari tengah bas.suasana semua senyap sepi seketika.mungkin masing-masing terkejut dan tertanya-tanya siapa yang punya angkara dan siapakah mangsa yang menjerit tadi.
"Siapa?Bangla mana?"kedengaran suara Apek pemandu bas bertanya sambil memperlahankan bas.
Kami hanya mendiamkan diri dan meninjau-ninjau darimana datangnya suara tadi.Saya melihat seorang warga Bangladesh berjalan ke belakang bas dengan muka sepuluh sennya.
Beberapa orang warga Bangladesh sudah tidak senang duduk bila semua mata tertumpu kepada mereka.Masing-masing bercakap dalam bangsa Bangladesh,mungkin ingin mencari jawapan kepada semua persoalan.
"Apek,Saya nak bawak dia ke Balai Polis!biar polis bagi amaran sikit.Saya ni dahlah pegang anak,buat gitu pulak"kedengaran suara perempuan tadi bersuara agak kuat kerana suasana dalam bas masih lagi riuh rendah dan bas masih bergerak.
Kedengaran suara bersahut sahutan bersetuju dengan saranan perempuan itu.tetapi saya masih tidak faham apa yang sebenarnya yang berlaku.
"Tak apa.saya bawak terus ke balai polis."kata Apek.
Sampai Di hadapan Balai Polis Kecau,bas berhenti dan perempuan tadi turun sambil mendukung anak perempuannya bersama seorang budak lelaki sekitar 12tahun menuju ke Balai Polis.
Sebentar kemudian,perempuan itu datang kembali dan memanggil rakyat Bangladesh tadi ke Balai polis.Anak lelakinya pula datang mengambil semua beg pakaian dan terus Ke Balai Polis tadi.rupa-rupanya beginilah berakhirnya sebuah episod 'AMBIL KESEMPATAN'.Semoga semua orang dapat pengajaran agar berkelakuan sopan walau dimana kita berada.
Kami tiba di Kecau dan dijemput oleh seorang anak buah terus ke Felda Sungai Temau untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara sebelah suami.
Begitulah sebuah catatan perjalanan yang saya tempuhi untuk sebuah majlis perkahwinan.Seronok bertemu sanak keluarga disana,tidak terasa waktu berlalu dan kami pulang ke Kuala Lumpur.
Saturday, June 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment