Tuesday, June 8, 2010

TIDURNYA ORANG ALIM




Agaknya,macamana kita hendak katogorikan tidur kita?Ada yang suka tidur lambat kerana bermain komputer,ada yang tidur lambat kerana menonton bola,ada yang berhibur diluar bersama kawan-kawan,cuma segelintir sahaja yang mampu untuk solat malam.


Disini saya ingin berkongsi cerita yang dipetik dari buku 2002 senyum oleh A.K.Alang Jaafar.Cerita ini sudah sering kita dengar dimana-mana:-


Imam Ahmad bin Hambal sangat menghormati dan memuji Imam Syafii yang terkenal alim itu.Beliau mengatakan kepada anak-anaknya bahawa dia punya guru dan teman yang sangat pakar dalam ilmu agama dan sangat banyak ibadahnya.


Satu hari,Imam Imam Syafii bermalam dirumah Imam Ahmad.Anak-anak imam Ahmad telah berjaga-jaga untuk melihat bagaimana hebatnya Imam Syafii beribadah malam.Diapun sentiasa mengintai kebilik tidur Syafii tapi ternyata beliau kelihatan tidur.sehingga anak-anak Imam Ahmad tidak langgsung bahawa Imam Syafii bangun diwaktu malam.


"Ayah kata,orang itu banyak ibadahnya,tapi aku tidak nampakpun beliau bangun diwaktu malam."kata anak Imam Ahmad kepada ayahnya.


Kemudian pada sebelah paginya,Imam Ahmad bertanya kepada gurunya itu"Bagaimana keadaan tuan imam semalam?"


"Alhamdulillah malam tadi saya telah dapat menyelesaikan dua ratus masalah agama yang berlaku dalam masyarakat."jawab imam Syafii.


Barulah anak Imam Ahmad sedar,bahawa tidurnya orang alim itu lebih afdal daripada bangunnya orang bodoh.

Maka,dengan pengakhiran cerita ini,kita harus ingat bahawa memenuhi yang wajib itu adalah lebih baik dari mengejar yang sunat sedangkan yang wajib itu terabai.Saya sangat berharap agar saya tergolong dalam golongan yang mampu mengutamakan yang wajib itu.insyaallah....Amin.....

No comments:

Post a Comment