Friday, May 14, 2010

SMJ.21(SELAMAT HARI GURU)


-----------------------------------------------------------------------------------------


Sempena hari guru pada tahun ini,saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada bekas guru-guru saya di SMJ.21 semenjak tahun 1983 sehingga 1987.dan selamat hari guru juga buat semua para guru yang banyak berjasa mendidik sekalian murid dengan ikhlas.

Pada tahun 1983,ialah tahun pertama sekolah menengah jengka 21 dibuka.Namun begitu,kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah musim tengkujuh yang melanda pada tahun 1984 begitu menguji kami sebagai murid dan guru-gurunya.

Disini saya suntingkan gambar dari majalah teratai(majalah sekolah)sebagai tanda kenangan yang tidak akan luntur dari hati semua pelajar dan guru kami.Bila jalan bertukar menjadi sawah,apa lagi hendak kami katakan.

Musim hujan berlarutan dari bulan januari sehingga bulan mac.Keadaan tanah merah yang berdebu telah mula bertukar menjadi lopak.Sewaktu sekolah mula dibuka,keadaan tidaklah begitu teruk.Bagaimanapun,kasut,seluar baju dan beg sekolah murid sudah bertukar kuning.

Ketika peristiwa itu,saya baru belajar ditingkatan dua.Bayangkanlah bagaimana kami hendak kesekolah dengan meredah jalan yang berlumpur ini dengan pakaian seragam putih yang mampu bertukar warna bila-bila masa sahaja.

Setiap hari kami pergi kesekolah menaiki bas sekolah yang tayarnya melekat lumpur sehingga selalu saja bas tidak mampu bergerak dan terpaksa dipanggil traktor untuk menarik kami kesekolah.Hampir setiap hari kami sampai lewat ke sekolah.

Kadang-kadang,kerana bas kami tidak dapat bergerak,kami terpaksa meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Sekolah demi untuk belajar.Sampai disekolah,kami terpaksa membersihkan lumpur yang 2inci menyaluti kasut.Kami juga terpaksa belajar dengan memakai kasut yang basah.

Oleh kerana bas kami selalu terlekat dilumpur,bas juga menjadi rosak.kami kadang-kadang tidak dapat pergi kesekolah.Apa yang lebih menguji kami ialah bila bas sekolah tidak dapat mengambil kami pulang dari sekolah kerana bas terlekat tidak dapat bergerak.

Kami terpaksa berjalan kaki dari Jengka 21 pulang kerumah.ada yang tinggal dijengka 13,agak dekat dari jengka 21.kejengka 12 lebih jauh,dan ke jengka 9 adalah terasa sangat jauh untuk berjalan kaki.namun,itulah kenangan kami ketika di sekolah dulu.

Bukan kami saja yang merasakan peritnya,tetapi bagi guru-guru kami yang terpaksa terjengket-jengket meredah selut untuk mengajar kami disekolah.Ada setengahnya lebih senang berkaki ayam untuk meredah selut.

Bila hujung minggu,tentulah mereka ingin keluar kebandar atau pulang kekampung,tetapi apakan daya,terpaksalah mereka bersabar.Dari menumpang scramler,terpaksa minta bantuan landrover dari Felda.Tetap bila landrover lekat dalam selut,tiada apa lagi mampu mereka lakukan melainkan tidur.

Hari ini,tahun 2010,setelah 28tahun usia SMJ21,jalanraya telah lama siap diturap.Bekas murid SMJ21 telah berjaya meneruskan hidup masing-masing.Terima kasih SMJ21,terima kasih cikgu.

(penghargaan untuk Puan Rosni,Puan Normah cikgu kesayangan saya,cikgu azahari guru pengkap saya,cikgu Amran yang berjaya membuat kami score matematik,cikgu Suhaimi guru s.p saya,dan semua guru-guru SMJ21).

2 comments:

  1. Saya masih ingat lagi gambar di atas di mana Cikgu Rosni dan Cikgu Samihah sedang menolak Land Rover kepunyaan Felda.Rasanya gambar ni masuk akhbar Berita Harian di tulis oleh arwah Cikgu Razak.

    ReplyDelete
  2. Ya...mereka semua adalah bekas guru yang sangat kami sayangi.Gambar yang saya paparkan,saya petik dari majalah sekolah.

    ReplyDelete