Tuesday, October 12, 2010

BILA ANAK DEMAM


Assalamualaikum muat semua yang sudi membaca,sekian lama saya tidak dapat menulis di sini kerana masalah komputer yang rosak dan berbagai dugaan lagi untuk saya mendapatkan sebuah komputer dan meneruskan talian jalur lebar ini.

Namun,ketika ini,anakku Nur Aina masih demam.suhu badannya agak tinggi sehinggakan saya terpaksa menjaga setiap lima ke enam jam untuk memberinya ubat.Baru semalam saya berjaga kerana anak kecil saya Muhamad Arif demam,sekarang,anak saya Nana pula demam.Namuan penang tadi,Arif telah kebah demamnya.nampaknya,bila anak demam,dugaan sebagai seorang ibu menjadi lebih berat.

Saya yang mengalami serangan Asma yang agak kuat menjadikan setiap tugas dirumah menjadi agak perlahan berbanding biasa.namun alhamdulillah....bila anak demam ada yang merawat dan menjaga masa untuknya makan ubat,demam pasti dapat dirawat dengan baik.

Nasihat saya kepada para ibu yang mempunyai anak yang demam,terutamanya ibu muda yang belum terbiasa dengan keadaan anak demam,jangan biarkan anak kita tidak makan ubat pada masa yang tepat kerana keadaan inilah yang menyebabkan terjadinya sawan tarik.usaplah kepala mereka dengan air selagi demamnya tidak berkurang agak mereka tidak bermimpi atau mengigau(meracau).


Sebagai suri rumah sepenuh masa,saya tidak kisah terpaksa bangun ditengah malam tanpa mengejutkan suami.namun bagi ibu yang bekerja,pastinya penat dan tidurnya agak lena,mintalah bantuan suami untuk turut mengingatkan kita atau mengejutkan kita untuk memberi anak makan ubat.


Anak-anak saya juga menghidap penyakit asma bila mereka demam.Jadi,saya sentiasa menyediakan sirap ubat batuk khas untuk alahan sejuk.jika masih tidak berkesan,saya akan memberi mereka sirap ventolin atau salbutamol.


Alhamdulillah....pengalaman saya mengalami asma sejak kecil dan mempunyai anak-anak yang pernah mengalaminya,tidak menjadi masalah untuk saya mengenali tanda-tanda bila anak akan mengalami asma.penjagaan awal amat penting supaya keadaan menjadi terkawal iaitu memberinya ubat dengan segera bila mereka mula batuk-batuk dan bunyi batuknya adalah berbeza dengan batuk biasa.


Bagi ibu-ibu yang tidak pernah mengalami asma,berhati-hatilah bila anak kita demam.terutamanya bagi yang tinggal dikawasan perindustrian,habuk yang berlebihan boleh mendatangkan asma terutamanya bila anak kita mengalami selesema.Ada juga ibu-ibu yang tiba-tiba terkejut bila anak kecil mereka tiba-tiba menjadi biru dan tidak boleh bernafas barulah dikejarkan keklinik.sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan rawatan awal.


Bagi semua ibu-ibu,banyakkanlah membaca buku tentang penyakit anak agar kita tahu apa yang patut kita lakukan bila mengalami keadaan tertentu.Namun itu tidak bermakna bapa tidak perlu membaca....pastikan kita semua adalah ibubapa yang bertanggungjawab dan prihatin.


Sekian coretan saya,semoga Nana cepat sembuh.amin.....

No comments:

Post a Comment