Friday, July 22, 2011

Sutera bidadari



SUTERA BIDADARI DAN ANTARA KOLEKSI NOVEL SAYA.

Sutera bidadari adalah kesinambungan kisah Laksamana Sunan yang hidup pada zaman silam.permulaan kisah ini menceritakan asal usul permulaan cerita sahaja.

Di pertengahan ceritanya barulah saya dapat merasakan keseronokan membaca.Cerita ini pada mulanya buat saya merasa terlalu tahyul lantaran keujudan watak vampire dan drakula.namun Ramli Awang murshid pandai mengolahnya sebagai sebuah cerita yang menarik untuk diselami.

Watak saifullah juga amat mengujakan saya bila ianya menimbulkan tanda tanya siapakah beliau dan apakah benar beliau adalah keturunan saifuddin.sepanjang pembacaan membuat saya meneka berbagai spekulasi sehinggalah semuanya dibongkar diakhir penceritaan.

Watak Marian atau Catalina pula buat kita tertanya2 apakah kesudahan pengharapannya pada Saifuddin.Bagaimana pula dengan watak Luna dari bangsa Folip yang bersayap,dan menaruh perasaan pada Saifuddin,

Diakhir cerita,saya masih mengharapkan buku seterusnya dari Ramli Awang Murshid menjawab segala persoalan ini.Tahniah kepada saudara Ramli Awang Murhid kerana berjaya menghasilkan buku yang amat menghiburkan ini.sekian,buat peminat2 Ramli Awang Murshid,pasti tak lepaskan peluang mendapatkan koleksi kisah yang menyeronokkan ini.wassalam.

Thursday, January 6, 2011

User gagal log on.

Suasana agak riuh kerana komputer kami gagal dibuka.Bila log on dan taip password,katanya logon fail.aduh....pening jugak saya mencari silapnya.


Apa yang kami pelik,hanya satu user yang tidak dapat dibuka iaitu user utama.puas saya mendail nombor adik beradik untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.apa tidaknya,suami dah mula bising kerana orang yang banyak menggunakan komputer ialah saya dan anak-anak.maklum sahajalah cuti sekolah....


Walaupun User kedua boleh dibuka,tetapi banyak program tidak dapat dibuka kerana semuanya tersimpan di user utama.Kami mencuba sistem restore tetapi gagal kerana User utama tidak dapat berfungsi.


Saya dan anak saya yang pertama(berumur 14 tahun)cuba mencari jawapan di internet.rupa-rupanya bukan kami sahaja yang menghadapi masalah begini.akhirnya kami membuat keputusan mencuba saranan yang diberikan beberapa individu.


Pertama,restart komputer dan tekan f8 semasa komputer masih berskrin hitam..ada pendapat mengatakan tekan sekali.tetapi kami tidak berjaya masuk ke program repair my komputer.Kami cuba pula tekan f8 beberapa kali,alhamdulillah.... kami pilih repair my computer.


Tetapi komputer masih belum dapat logon.Kami membuat keputusan membuat sistem restore di "Repair my Komputer".kali ini sistem restore boleh dibuat.tetapi tidak mengembalikan apa-apa.Kami cuba meletakkan tarikh yang lebih awal,cubaan kami kali ke 3 berhasil akhirnya.


Alhamdulillah.....Kami berjaya membetulkan komputer tanpa perlu menghantarnya ke kedai.Akhirnya kami membuat keputusan membuang password bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Thursday, December 9, 2010

Kenduri di Bukit Betong(Lipis)


yang diraikan,pengantin dan anaknya,medina

majlis mencukur jambul untuk 3 orang cucu sekaligus

KENANGAN TERINDAH BUAT ADIK IPAR DAN BIRASKU

Alhamdulillah....Akhirnya majlis yang dirancang telah berjalan dengan sempurna.
Saya cuma ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini dari mula hingga akhir.

Pada tarikh 19hb november,mereka telah bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan untuk memasak dan memasang kanopi untuk majlis kenduri..Pada 20hb november,mereka datang untuk membantu membuat rempah ratus untuk memasak.Pada sebelah petang,Lembu telah ditumbangkan dengan penuh harapan untuk memenuhi tuntutan akikah.

Pada malam itu,nasi berlaukkan gulai masam tempoyak tulang lembu.Hmm....tentu kecur air liur bagi penggemarnya.

Apa Yang paling istimewa bagi penduduk Kampung,ialah sambal budu atau sambal peda yang di hasilkan dari bahan-bahan yang istimewa iaitu,sayur pucuk ubi kayu,Daun kaduk dan daun kesum.Dengan pedas yang cukup,Sambal budu adalah menu istimewa yang wajib ada di setiap kenduri di Kampung kami.

Majlis malam itu di mulai dengan solat maghrib beramai-ramai dirumah kami dan di teruskan dengan tazkirah oleh Ustaz Zainuddin,iaitu bapa saudara kami dari Bandar Jengka.Selesai jamuan makan,majlispun bersurai.

Pagi 21hb november,adalah kemuncak bagi acara majlis.Dimulakan dengan solat subuh berjemaah yang diimamkan ustaz Zainuddin,diteruskan dengan kuliah subuh,mereka bergegas menyembelih seekor lagi lembu.

Majlis mencukur jambul dumulakan dengan alunan marhaban dan diikuti dengan selawat keatas nabi.

Ketibaan para tetamu menghiasi majlis jamuan nasi berlaukkan rendang daging,kari daging,gulai masam tempoyak batang keladi,acar timun dan sup.pencuci mulut istimewa ialah bubur kacang yang enak sekali.


Ketibaan keluarga pengantin perempuan kami dari perlis menggamatkan suasana bila pengantin lelaki sendiri mengambil bahagian untuk berpencak silat.namun ianya tidak panjang kerana bapa pengantin tidak membenarkan ianya berterusan panjang.

Jamuan berakhir dengan gotong royong membuka kanopi dan memulangkan barang-barang yang dipinjam.Buat anak-anak dan anak buah yang membaca coretan kenangan ini,tentu terasa masih berada dimajlis itu.Semoga kita semua dapat berkumpul lagi dimajlis lain.wassalam.



Pada 21hb november,

Wednesday, November 3, 2010

Bila komputer rosak.

Selepas sekian lama saya tidak dapat menulis didalam blog ini,terasa sangat rindu akan ia.

Bermula dari komputer saya rosak,mengambil masa untuk dihantar ke kedai untuk dibaiki.Rupa-rupanya,Ramnya yang rosak.Bila dibawa pulang kerumah,skrin monitor saya menjadi kuning.

Belum sempat saya mencari mood untuk kembali ke blog,komputer saya tiba-tiba tidak dapat dihidupkan.Saya cuba memasukkan cd window untuk install semula window yang rosak.Namun ianya cuma mampu dihidupkan beberapa hari sahaja.Komputer saya tiba-tiba berbunyi seperti sesuatu yang berpusing tetapi tidak dapat berfungsi dengan betul.

Akhirnya,Kami memutuskan untuk mendapatkan sebuah komputer baru.Namun,masa yang lama berlalu membuatkan kami terlupa untuk membayar broadband pada bulan tersebut.Barulah saya tahu bahawa broadband kami akan memotong talian hanya selepas sebulan setengah.

Sudah dapat komputer baru,broadband pula tidak dapat digunakan.Saya terpaksa menunggu masa sesuai untuk menyelesaikan urusan memasukkan semula talian broadband kami.Kini barulah saya merasa lega kerana dapat meneruskan perjuangan saya untuk menjadi seorang Blogger yang setia.

Namun setelah agak lama saya tidak berblogger,saya sudah pening mencari idea.Jadi,buat permulaan,inilah kisah saya yang kehilangan sebuah rutin tersayang.

Panjang umur,insyaallah saya berhajat menjadikan blog ini sebagai sesuatu yang terindah buat saya dan semua.wassalam.

Tuesday, October 12, 2010

BILA ANAK DEMAM


Assalamualaikum muat semua yang sudi membaca,sekian lama saya tidak dapat menulis di sini kerana masalah komputer yang rosak dan berbagai dugaan lagi untuk saya mendapatkan sebuah komputer dan meneruskan talian jalur lebar ini.

Namun,ketika ini,anakku Nur Aina masih demam.suhu badannya agak tinggi sehinggakan saya terpaksa menjaga setiap lima ke enam jam untuk memberinya ubat.Baru semalam saya berjaga kerana anak kecil saya Muhamad Arif demam,sekarang,anak saya Nana pula demam.Namuan penang tadi,Arif telah kebah demamnya.nampaknya,bila anak demam,dugaan sebagai seorang ibu menjadi lebih berat.

Saya yang mengalami serangan Asma yang agak kuat menjadikan setiap tugas dirumah menjadi agak perlahan berbanding biasa.namun alhamdulillah....bila anak demam ada yang merawat dan menjaga masa untuknya makan ubat,demam pasti dapat dirawat dengan baik.

Nasihat saya kepada para ibu yang mempunyai anak yang demam,terutamanya ibu muda yang belum terbiasa dengan keadaan anak demam,jangan biarkan anak kita tidak makan ubat pada masa yang tepat kerana keadaan inilah yang menyebabkan terjadinya sawan tarik.usaplah kepala mereka dengan air selagi demamnya tidak berkurang agak mereka tidak bermimpi atau mengigau(meracau).


Sebagai suri rumah sepenuh masa,saya tidak kisah terpaksa bangun ditengah malam tanpa mengejutkan suami.namun bagi ibu yang bekerja,pastinya penat dan tidurnya agak lena,mintalah bantuan suami untuk turut mengingatkan kita atau mengejutkan kita untuk memberi anak makan ubat.


Anak-anak saya juga menghidap penyakit asma bila mereka demam.Jadi,saya sentiasa menyediakan sirap ubat batuk khas untuk alahan sejuk.jika masih tidak berkesan,saya akan memberi mereka sirap ventolin atau salbutamol.


Alhamdulillah....pengalaman saya mengalami asma sejak kecil dan mempunyai anak-anak yang pernah mengalaminya,tidak menjadi masalah untuk saya mengenali tanda-tanda bila anak akan mengalami asma.penjagaan awal amat penting supaya keadaan menjadi terkawal iaitu memberinya ubat dengan segera bila mereka mula batuk-batuk dan bunyi batuknya adalah berbeza dengan batuk biasa.


Bagi ibu-ibu yang tidak pernah mengalami asma,berhati-hatilah bila anak kita demam.terutamanya bagi yang tinggal dikawasan perindustrian,habuk yang berlebihan boleh mendatangkan asma terutamanya bila anak kita mengalami selesema.Ada juga ibu-ibu yang tiba-tiba terkejut bila anak kecil mereka tiba-tiba menjadi biru dan tidak boleh bernafas barulah dikejarkan keklinik.sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan rawatan awal.


Bagi semua ibu-ibu,banyakkanlah membaca buku tentang penyakit anak agar kita tahu apa yang patut kita lakukan bila mengalami keadaan tertentu.Namun itu tidak bermakna bapa tidak perlu membaca....pastikan kita semua adalah ibubapa yang bertanggungjawab dan prihatin.


Sekian coretan saya,semoga Nana cepat sembuh.amin.....

Tuesday, June 29, 2010

FACEBOOK OH FACEBOOK!!!


Sekilas pandang,facebook adalah laman sosial yang boleh menghubungkan kawan-kawan lama yang sekian lama terpisah.

Ada juga yang hanya bertujuan untuk bermain games yang ada didalamnya.ada juga yang mencari kawan baru,berbual sambil berkongsi gambar dan video.

Kalau hendak diceritakan apa yang ada difacebook,alamat naik boring orang nak membacanya.Hampir semua orang sudah mempunyai facebook mereka sendiri.Saya memuji para ilmuan yang berkongsi facebook mereka untuk menyampaikan ilmu kepada semua yang mahu berkongsi.

Namun apa yang saya terkilan adalah tentang keistimewaan yang sering disalah gunakan.mengapa harus suami bermain kayu tiga di facebook.dan ada isteri yang sanggup menghindar dari menjadikan suami sebagai kawan facebook mereka?

Sebagai isteri,kita tidak patut menambah prasangka dalam berfacebook.Kalau dah namanya suami isteri yang berkongsi hidup,mengapa harus berahsia tentang facebook mereka?Kadang-kadang,saya sendiri merasa segan pada suami untuk membuka facebook kerana bimbang suami tidak menggemarinya.

Pernah juga seorang kawan menghantar mesej gambar kahwin anak saudaranya kepada beberapa saudara dan kawan-kawan.rupanya ada juga yang sempat mengutuk tanpa hiraukan hati siapa yang membacanya.maka niat untuk berkongsi gambar mula menjadi medan perang.

Ada juga yang suka berbual isu sensitif tanpa hiraukan siapapun boleh membacanya.pesan saya pada diri saya,janganlah saya lupa,Apa yang kita taip boleh jadikan diri bahan ketawa atau sekurang-kurangnya,orang memandang sinis pada kita.

Kadang-kadang saya merasa seperti tak mahu lagi membuka facebook.namun pada masa yang sama,saya juga tak mahu melepas peluang bertegur sapa dengan kawan-kawan,adik beradik dan saudara mara yang lama tidak berjumpa.

Walau apapun,bagi saya,facebook lebih mendekatkan saya dengan adik beradik dan saudara mara.namun dalam masa yang sama,kita semua jangan terlalu fanatik sehingga menjauhkan hubungan yang sangat rapat sejak sekian lama.

Harus kita beringat selalu,setiap kata-kata yang kita taipkan difacebook,mesti kita fikir dahulu baik buruknya.dan jangan lupa " Add suami atau isteri agar tidak menimbulkan rasa curiga "Akibatnya sangatlah buruk.Wallahua'alam.

Saturday, June 12, 2010

PERJALANAN KE SUNGAI TEMAU

kadang-kadang,perjalanan menaiki bas menyeronokkan,tetapi kadang-kadang semuanya tidak berjalan dengan seperti yang kita harapkan.

Oleh kerana saya masih baru didalam blogger,seperti perjalanan ini yang tidak seperti yang diharapkan,kartun ini terpaksa dibaca dari bawah keatas.harap maaf.









Pada 5hb.jun 2010,kami memulakan perjalanan dari rumah ke perhentian pekeliling atau Titiwangsa.Kami mendapat tiket perjalanan pada pukul 9pagi.Perjalanan kami sampai ke perhentian raub pada pukul 12.15minit tengahari.

Sementara menanti bas yang akan membawa kami ke Kecau,kami sempat makan makan nasi goreng ikan masin yang sedap di situ.mi kari yang dihidangkan juga sedap.

Sementara menanti bas yang akan tiba pada pukul 1.30,kami membawa anak kami bermain di taman permainan yang ada disitu.walaupun cuaca agak panas,hembusan angin sepoi agak menyamankan.Cuma sesekali,bau longkang menusuk hidung kerana lokasi taman itu sangat berdekatan dengan longkang.

Tepat jam 1.30,bas tiba dan kami terus menaiki bas untuk meneruskan perjalanan.Bas sudah hampir penuh,tetapi saya masih bernasib baik kerana ada tempat duduk disebelah seorang pakcik.Saya terpaksa meriba anak perempuan saya yang berumur enam tahun.Suami saya pula duduk di sebelah seorang budak lelaki sambil meriba anak lelaki saya yang berumur empat tahun.

Perjalanan yang agak jauh memang memenatkan kerana kerusi yang kecil itu tidak sesuai untuk meriba anak.Bas berhenti beberapa kali untuk menaikkan penumpang menjadikan bas kian sesak dengan penumpang.Bas kini telah dipenuhi dengan 50% penumpang rakyat Bangladesh.

Cuaca yang panas dan suasana dalam bas yang sesak membuatkan semua orang agak rimas.Teringat semasa saya dan suami berulang alik pergi ke tempat kerja menaiki bas mini yang penuh sesak.Sekarang bas mini sudah tiada lagi di sekitar kuala lumpur.

"Aaahhhh!!!!mana boleh tahan macam ni!Apek.....tengok bangla ni dia **** dia punya nak tunjuk ***** ke tak.tolonglah."terkejut satu bas bila menjengar suara jeritan yang datang dari tengah bas.suasana semua senyap sepi seketika.mungkin masing-masing terkejut dan tertanya-tanya siapa yang punya angkara dan siapakah mangsa yang menjerit tadi.

"Siapa?Bangla mana?"kedengaran suara Apek pemandu bas bertanya sambil memperlahankan bas.

Kami hanya mendiamkan diri dan meninjau-ninjau darimana datangnya suara tadi.Saya melihat seorang warga Bangladesh berjalan ke belakang bas dengan muka sepuluh sennya.

Beberapa orang warga Bangladesh sudah tidak senang duduk bila semua mata tertumpu kepada mereka.Masing-masing bercakap dalam bangsa Bangladesh,mungkin ingin mencari jawapan kepada semua persoalan.

"Apek,Saya nak bawak dia ke Balai Polis!biar polis bagi amaran sikit.Saya ni dahlah pegang anak,buat gitu pulak"kedengaran suara perempuan tadi bersuara agak kuat kerana suasana dalam bas masih lagi riuh rendah dan bas masih bergerak.

Kedengaran suara bersahut sahutan bersetuju dengan saranan perempuan itu.tetapi saya masih tidak faham apa yang sebenarnya yang berlaku.

"Tak apa.saya bawak terus ke balai polis."kata Apek.

Sampai Di hadapan Balai Polis Kecau,bas berhenti dan perempuan tadi turun sambil mendukung anak perempuannya bersama seorang budak lelaki sekitar 12tahun menuju ke Balai Polis.

Sebentar kemudian,perempuan itu datang kembali dan memanggil rakyat Bangladesh tadi ke Balai polis.Anak lelakinya pula datang mengambil semua beg pakaian dan terus Ke Balai Polis tadi.rupa-rupanya beginilah berakhirnya sebuah episod 'AMBIL KESEMPATAN'.Semoga semua orang dapat pengajaran agar berkelakuan sopan walau dimana kita berada.

Kami tiba di Kecau dan dijemput oleh seorang anak buah terus ke Felda Sungai Temau untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara sebelah suami.

Begitulah sebuah catatan perjalanan yang saya tempuhi untuk sebuah majlis perkahwinan.Seronok bertemu sanak keluarga disana,tidak terasa waktu berlalu dan kami pulang ke Kuala Lumpur.