Tuesday, April 27, 2010

AKU ANAK FELDA

Pada tahun 1974,saya bersama keluarga saya berpindah ketanah rancangan felda untuk menyambung hidup.Sebelum itu,kami tinggal dikampung dan ayah saya cuma bekerja kampung yang tiada pendapatan tetap.

Ketika kami mula tinggal disana,masih banyak rumah kosong disekeliling rumah kami.ketika itu saya baru berumur 4tahun dan mempunyai seorang adik lelaki dan 5orang kakak.Bayangkanlah kami 7adik beradik yang berpindah ketanah rancangan yang masih belum ditanam apa-apa pokok.

Sementara menunggu pokok getah membesar,kami sempat mengerjakan sawah padi dikawasan paya dibahagian tanah rendah didalam ladang kami.Saya masih ingat saat-saat indah kami menghalau burung dengan gantungan tin-tin susu sebagai penghalau burung yang ingin memakan padi,menggoyang orang-orang yang berbaju kurung ditengah sawah,semua ini sungguh seronok bagi kami.

Saya juga tidak pernah lupa pada kejadian ngeri yang menimpa jiran kami yang diserang babi hutan ketika sedang mengerjakan sawah.Berita kecederaan yang agak parah tentang seorang penerokawati dan ibunya yang berlumuran darah kerana berlawan dengan babi hutan itu terpampang didada akhbar hari itu.

Setelah pokok getah sudah mula boleh ditoreh,saya sebagai adik,pastinya ikut keladang menaiki motorsikal ayah.Saya duduk dengan kaki didalam raga motor,emak dan adik membonceng dibelakang.manakala kakak-kakak saya sudahpun bersekolah.

Satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan ketika itu,saya yang sedang duduk dihadapan sekali tiba-tiba terkejut dengan jeritan emak.Rupa-rupanya saya tertidur dihadapan motor ayah sehinggakan tidak perasan ada seekor ular melintas jalan.alangkah ruginya saya rasa ketika itu kerana tak dapat melihat ular yang diceritakan.

Masa telah berlalu namun bilangan adik beradikpun telah bertambah.tanggungan ayah juga kian bertambah.Ayah terpaksa mencari kerja lain untuk menyara anak-anak.Ayah bekerja dengan seorang tauke balak sebagai panebang balak.Gajinya agak lumayan untuk menampung perbelanjaan kami.Namun,sehingga kehujung bulan,kami terpaksa berhutang dikedai untuk mengisi perut.

Saya masih ingat ketika arwah emak mengandungkan adik perempuan saya yang kesembilan.Walaupun kandungannya sudah mencecah 9bulan,emak masih lagi berusaha keladang untuk menoreh getah.Oleh kerana ayah tiada dirumah,emak terpaksa berjalan kaki keladang selama 1jam setengah untuk sampai keladang kami.

Ketika cuti sekolah,kami adik beradik juga pergi keladang untuk membantu emak.namun apa yang menjadi kenangan tak dapat kami lupakan ialah ketika kami membawa adik lelaki yang berusia 3tahun keladang.kasihan melihat dia tidak berdaya untuk berjalan,kakakku akan mendukungnya.tetapi jika sesekali emak menoleh,cepat-cepat kakak akan menyuruh adik berjalan sendiri.

Setelah masa berlalu,emak mempunyai 6orang anak dara sunti termasuk saya kerana saya adalah anak keenam.oleh kerana tidak ada anak lelaki dewasa,kakakku telah belajar memandu motorsikal untuk memudahkan urusan kepejabat untuk mengambil duit hasil getah atau kekedai untuk membeli barang.

Sebagai anak perempuan,kami sering diumpat hanya kerana kami anak perempuan yang membuat kerja seperti anak lelaki.Namun,itulah dugaan bagi kami adik beradik.Bukan saja jiran-jiran,saudara marapun selalu memperli kami.Mungkin kerana ketika itu perempuan tak ramai yang pandai memandu motorsikal.apatah lagi membawa beras 10kg dibelakang motor.pelik sangat mereka melihat kami.

Selepas tamat persekolahan,saya sempat bekerja dipusat mengumpul getah sebagai seorang kerani.Setelah 7anak perempuan emak berkahwin,emak telah kembali kepangkuan ilahi.Ketika itu saya mempunyai 4orang anak.Ketika adik perempuan bungsu saya berkahwin,emak sudah tidak bersama kami lagi.Namun kenangan kami membesar dengan kasih emak yang tidak pernah membeza-bezakan kami,cukup untuk kami terus merinduinya.

Walau apapun,saya bangga menjadi anak felda walaupun terpaksa mengharungi jalan yang penuh onak dan duri.Saya sayang emak ayah yang membesarkan kami 11orang adik-beradik dengan tabah dan saksama.Sebagai anak felda,saya rindu kampung halaman tempat bermain dan bermanja.

Thursday, April 22, 2010

SEMANGAT MEMBACA

Biasanya,karbinet ini disimpan hiasan pinggan mangkuk.pernahkah anda lihat ianya dijadikan tempat menyimpan buku?

Semangat membaca adalah satu hobi yang sangat berguna untuk mencari ilmu.Kami sekeluarga memang suka membaca untuk hiburan dan ilmu.Saya pula adalah peminat novel malaysia walaupun masih banyak novel yang masih belum saya dapatkan. Setelah membaca novel terbaru yang bertajuk CINTA SUFI,saya teringin mengulas sedikit tentang isi cerita ini.


Sebagai peminat novel,cerita ini sangat bagus untuk dibaca,Walaupun adakalanya ianya tidak masuk akal,tetapi idea yang ditimbulkan,cukup bijak.Watak Saifuddin yang bersifat sufi sangat bagus dijadikan teladan untuk semua manusia.

Saya paling tersentuh dengan keikhlasan hati saifuddin menginsafi diri sehinggakan terasa bahawa diri kita yang membaca ini begitu kerdil dihadapan Allah yang maha besar.Terasa seperti diri ini terlalu banyak berdosa dan masih banyak yang perlu kita pelajari didunia ini.Walaupun ianya hanyalah sebuah cerita

Walaupun suami saya tidak suka membaca novel,namun dia jugalah yang menghadiahkan setiap novel Ramli Awang Mursyid kepada saya.Untuk membaca,kami tidak perlu berbelanja lebih kerana kami mempunyai pilihan samada ingin membeli buku baru atau buku terpakai.

Untuk menjadikan membaca sebagai sumber ilmu,kita tidak semestinya memiliki semua buku.namun,menjadikan perpustakaan mini dirumah adalah satu yang patut digalakkan.

Untuk anak-anak,novel kanak-kanak dan majalah kanak-kanak boleh kita beli untuk memberi mereka galakan.untuk anak remaja,tidak rugi ibu-bapa membelikan mereka novel remaja atau berkongsi buku ilmiah untuk tatapan bersama seisi keluarga.

Kadang-kadang,anak-anak kita berminat membaca komik.Bagi saya,tidak salah membenarkan mereka membaca komik sebagai galakan untuk mereka membentuk minat membaca.Kita tidak perlu terlalu bimbang kerana jika komik yang dibaca cuma komik biasa.tapi perlu diperhatikan juga agar mereka tidak memilih bahan bacaan yang tidak baik.

Jika ibu-bapa membaca,pasti anak-anak akan mula berminat untuk membaca.Sama seperti perkara lain,apa sahaja yang ibu-bapa lakukan,akan menjadi ikutan anak-anak.Jadi,sebagai ibu-bapa,kawallah emosi kita,jangan jadikan diri kita sebagai contoh yang tidak baik.

akhir kata,mari membaca dan selamat membaca.

Tuesday, April 20, 2010

CINTA WANITA

Akhir-akhir ini kita sering digembar-gemburkan dengan berbagai cerita wanita yang ditipu lelaki.Ada wanita yang sudah bergelar nenek ditipu lelaki Afrika,gadis malaysia ditipu lelaki lombok,gadis hamil gara-gara ditipu kekasih,dan bermacam-macam lagi.

Apa yang saya kesalkan,mengapa anak-anak melayu terlalu mudah diperdayakan oleh cinta?tidakkah mereka mahu untuk meletakkan garis panduan sebagai wanita islam sejati agar perkara begini tidak terjadi?

Cuba kita bayangkan jika seorang gadis menggariskan diri mereka dengan tuntutan islam,jika ditakdirkan jatuh cinta,jangan keluar berdua-duaan terutama ketempat yang tersembunyi,apakah mampu iblis mencelah dan menghasut supaya melakukan angkara mungkar?pasti anak-anak diluar nikah tidak akan ujud dimuka bumi ini.


Jika wanita yang kesunyian ditinggalkan suami meletakkan diri mereka sebagai wanita islam,mereka pasti tidak sewenang-wenangnya menyerahkan harta mereka kepada lelaki yang tidak ada apa-apa hubungan kekeluargaan dengan mereka.Apakah kekasih itu adalah segala-galanya buat kita?

Jika para gadis Malaysia jatuh cinta pada lelaki Lombok,apakah benar-benar lelaki itu bertanggungjawab dan ikhlas?Jika begitu,mengapa gadis tiada hak untuk mengajak lelaki itu melalui jalan yang betul untuk membina masjid?Mengapa anak gadis mahu dilarikan?seharusnya,gadis yang mempunyai ibubapa yang menyayangi mereka,tidak boleh memilih kekasih dan membuang keluarga.

buang emak buang saudara itu tidak boleh digunakan demi cinta.kerana ibubapa dan saudara adalah teman kita yang paling rapat.Apakah kita tidak boleh bersabar untuk memujuk keluarga menerima pilihan kita?

Sesungguhnya Allah telah menjadikan kita berpasang-pasangan.Berapa ramaipun perempuan didunia ini,Allah tetap menciptakan pasangan untuk mereka.Andai jodoh kita tertulis dengan lelaki mana sekalipun,Gariskanlah hidup kita dengan panduan dari hadis dan kitab allah,insyaallah semua masalah ini tidak terjadi pada kita.

Bagi saya,kita hidup didunia ini bukan kerana lelaki.mengapa harus ada yang berkata"aku tidak dapat hidup tanpa kamu".Sesungguhnya kita hidup kerana Allah ta'ala.Setiap yang hidup didunia ini pasti akan mati.segala yang kita sayangi didunia ini pasti akan hilang bila Allah mahukannya.

Walaupun saya sangat menyayangi ibu saya,Ibu yang saya sayangi jua telah pergi meninggalkan saya.insyaallah saya masih hidup kerana Allah mahukan saya hidup.Ada kakak-kakak yang sayangkan suami mereka,tetapi mereka tetap boleh hidup bahagia.Ada kekasih yang putus cinta masih mampu menjadi isteri yang baik,mengapa harus ada lagi yang berkata tidak boleh hidup tanpa kekasih?

Walau apapun,kita sebagai manusia harus bersyukur atas apa jua yang Allah tentukan untuk kita.Insyaalllah,setiap apa yang berlaku itu ada fadilat disebaliknya.Buat gadis,wanita,isteri-isteri,jagalah dan sayangilah dirimu agar tidak menjadi mangsa godaan syaitan.Perbanyakkan bacaan agar ilmu berkembang didada dan menjadi panduan untuk kita meniti hidup ini dengan lebih sempurna.

Wednesday, April 14, 2010

Kegigihan Seorang Wanita

Pertama sekali,saya ingin perkenalkan seorang wanita yang cukup gigih pada pandangan mata saya.Beliau dibesarkan oleh seorang abang yang sangat garang.beliau juga memang seorang yang sangat kreatif.sejak kecil,beliau sudah pandai menyulam tampuk bantal golek dan menjual kepada sesiapa yang menempahnya.

Dizaman gadisnya,beliau sudah pandai menganyam tikar mengkuang sebagai sumber pendapatan.Setelah beliau dewasa dan dijodohkan dengan sepupu beliau,beliau dikurniakan 11orang cahaya mata.Demi membesarkan dan menyekolahkan anak-anak,beliau menjadi penjual kueh dan hasil serai,kunyit,terung,sawi yang ditanam sendiri.

Setelah anak-anak sudah bekerja,maka terlepaslah tanggungjawab beliau menyara anak-anak.namun kebiasaan beliau bekerja dan mencari duit,beliau tetap meneruskan aktiviti ini.

Ketika beliau merancang perkahwinan anak bungsu beliau,beliau dikejutkan dengan trajedi rumahnya yang terbakar pada 1.12.2007.Dan orang itu adalah ibu mertua saya.Bayangkanlah betapa sedihnya melihat rumah dan wang hasil titik peluh sendiri
terbakar hangus.Beliau sendiri diserang penyakit darah tinggi yang hebat ketika itu.

Semenjak kejadian itu,beliau sering sakit dan demam.apatah lagi tekanan darah beliau tidak pernah turun menyebabkan beliau sering sakit kepala.Beliau pernah demam teruk gara-gara memikirkan anak bungsu kesayangan hendak berkahwin tetapi rumah sudah hangus,bagaimana hendak mengadakan kenduri?

Apa yang saya kagum,walaupun rumah terbakar dan hanya tinggal dirumah sementara yang berdindingkan atap zink,beliau mampu memanfaatkan tanah yang terbakar itu sebagai tapak menanam pokok terung.dan hasil terungnya tersangatlah cantik dan jauh lebih besar dari biasa.Dan hasil jualan terung itulah yang banyak membantu kami membina rumah baru.

Yang membuat saya terharu,keadaan kesihatannya yang sering terganggu tidak sedikitpun melemahkannya membuat pecal,kuih muih sayur-sayuran untuk berjualan.Saya rasa sangat kagum dengan kegigihannya,yang saya rasa,tidak ada lansung pada diri saya.

Kepada diri sendiri dan sesiapa yang membaca cerita ini,pandanglah kehadapan dan renungkanlah.Apakah kita ini langsung tiada kekuatan untuk berjuang memperbaiki taraf hidup kita?Setiap peluang yang datang pada kita,sambutlah selagi ianya halal.kerana peluang yang sama tidak selalu datang dua kali.Tabik makk......

Walau apapun,jangan lupakan doa.kerana Allah itu maha mendengar apa jua permintaan umatnya.Jika kita sekali gagal,mungkin Allah belum mahu memberi apa yang kita mahukan.Yakinkan diri kita,bahawa Allah tidak akan lupakan kita andai kita tidak lupakan Allah.insyaallah.

Monday, April 12, 2010

BUANG BAYI LAGI

Semalam,Malaysia mencipta lagi sejarah pembuangan bayi ke dalam tong sampah.Apakah anak manusia kini sudah mampu dilabelkan sebagai sampah?Belum cukup lagikah sampah masyarakat yang dah melambak dimerata tempat sekarang?

Semua orang mahu menilai Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.namun mengapa semua yang menyakitkan hati ini semakin berluasa?Manusiakah yang semakin tidak berhati perut atau manusia kini sudah hancur pegangan agama?

Hari ini adalah hari pertama saya menjadi pengasuh kepada medina.Walaupun saya tidak melahirkannya,tapi hati saya sangat tersentuh bila melihatnya.Hati saya sangat senang bila memeluknya walaupun dalam kesibukan.Tetapi bagi mereka yang sanggup membuang bayi ini,golongan manakah mereka?

Bila manusia sudah tiada pertimbangan,mereka ini akan menjadi manusia yang paling hina yang sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan risikonya.

Sebagai seorang ibu,saya amat kesal dan sedih melihat anak-anak yang disiakan oleh ibubapa begini.Bagi saya,mengandung adalah satu anugerah yang sangat indah untuk dirasakan.Dan Bersalin adalah kesakitan yang paling menguji namun memberi kepuasan kerana mendapat hadiah yang paling cantik.

Disaat merasa ada sesuatu yang bergerak menendang-nendang perut,terasa sangat terharu dan penuh kasih sayang.Tidakkah mereka yang sanggup membuang anak sendiri ini merasakan seperti yang saya rasa?Tiadakah sedetikpun timbul rasa kasih yang berbunga didalam perut kita?

Kalaupun lelaki tidak merasa ada bayi diperut mereka,itu adalah ketentuan Allah.Tetapi wanita yang merasa ada bayi dalam rahim mereka,itu adalah anugerah yang paling berharga sebagai seorang manusia.

Pertama kali memandang mereka lahir,satu kekaguman dengan anugerahnya.Pertama kali menyusukannya,terasa ada satu pertalian yang sangat rapat dengan seseorang.Bila bayi sudah membesar,kita pasti dapat merasa bahawa kita memiliki bayi kita.semua bayi hanya mahukan ibu bapa mereka.Itulah yang dikatakan partalian darah.

Semua manusia yang lahir didunia ini pasti pernah merasa dimanjakan ibubapa,atau seseorang yang memelihara mereka sejak kecil.Bila kita sayangkan seseorang seperti anak,ibu,bapa,nenek,pasti tiada yang mampu menggantikan mereka walaupun bila mereka telah tiada.Indah bukan mempunyai dan dipunyai?

Untuk semua yang membaca cerita saya ini,marilah kita bina hidup yang berlandaskan agama supaya kita dapat membina hidup yang lebih sempurna.Saya yakin,Tiada siapa yang mahu hidup hanyut tanpa penghujung.Tiada siapa yang mahu hidup mereka bila tua kelak,bersendirian dalam kehampaan,dengan kekesalan sepanjang hayat.

Bila kita mempunyai anak,didiklah mereka dengan didikan agama yang cukup.Jangan takut untuk menegur atau memarahi mereka jika mereka berbuat salah.Sesetengah orang,takut untuk menegur anak kerana anak mereka akan marah dan melawan.Tapi insyaallah....membentuk anak dengan teguran dengan pendekatan yang betul,mampu membuat mereka faham kenapa mereka ditegur.

Kadang-kadang ada ibubapa yang memarahi anak dikhalayak ramai kerana tidak suka dengan perlakuan anak.namun tidak memikirkan perkara itu akan memalukan anak mereka.Kalau kita mempunyai anak yang bermasalah,pantaulah mereka agar tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti pembuangan bayi ini.

Bila anak melawan kerana mahukan kebebasan,jangan kita takut anak kita marah pada kita.Setelah kita didik dia dengan kasih sayang dan didikan agama,saya yakin bahawa kemarahan anak dengan teguran kita,takkan kemana.Betapa marah dan tidak puas hatinya anak terhadap ibubapa,mereka pasti tetap menyayangi kita.

Sedangkan anak nabi Nuhpun menderhaka pada bapa mereka seorang nabi,apatah lagi kita manusia biasa.Sekurang-kurangnya,kita telahpun menunaikan tanggungjawab kita sebagai ibubapa.

Sanggupkah kita kalau ditanya Allah,kenapa anak kita menjadi pembunuh kepada anak sendiri?Sekurang-kurangnya,kita telahpun berusaha menjadikan mereka yang terbaik.Kalaupun kita terlambat mendidik mereka,bantulah mereka meneruskan hidup dengan lebih sempurna.Jangan sampai anak manusia yakni keturunan kita,terbuang lagi seperti sampah yang tidak berharga.Walhal Allah menciptakan manusia adalah sebaik-baik makhluk.Wallahu a,alam.

Thursday, April 8, 2010

RUMAH TERBAKAR(LIPIS)



Pada tarikh 1HB disember,kami sekeluarga dikejutkan dengan berita tentang kebakaran dirumah orang tua suami saya di Kuala lipis.

Pada masa kebakaran itu berlaku,kedua mertua saya menghadiri kenduri kahwin dirumah seorang jiran kampung.

Suami saya dan adik beradiknya yang lain semua bergegas pulang kekampung.Ketika mereka sampai,bomba sudahpun memadamkan api yang memakan rumah kami.

Ketika kemalangan itu berlaku,ayah,ibu dan adik ipar saya yang tinggal disana berada dirumah kenduri.Ketika api sedang marak dan asap berkepul-kepul,orang kampung bergegas ketempat kejadian.

Ibu mertua saya tidak diberitahu kerana bimbang penyakit darah tingginya datang selepas mendengar berita buruk ini.Namun mereka terpaksa memberitahu juga setelah beliau sendiri telah dapat mengagak dari reaksi orang ramai.Ibu mertua saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tingginya terlalu tinggi sehinggakan tidak dapat bangun.

Bapa mertua saya sempat menyaksikan kejadian itu.Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana api sedang marak membakar.Satu barangpun tidak dapat diselamatkan.Pasukan bomba datang 15minit selepas dihubungi oleh orang kampung,namun ketika itu,rumah kami sudahpun ranap sama sekali.

Dengan kerjasama orang kampung dan 11 orang adik beradik dan ipar,rumah sementara yang berdindingkan atap zink siap dibina dalam masa 2hari.Pada malam pertama selepas kejadian,keluarga perempuan dan anak-anak menumpang tidur di rumah keluarga berdekatan,manakala yang lelaki tidur dipondok tanpa dinding dan kehujanan.



Kerugiannya memang besar kerana mereka menyimpan duit tabungan dirumah walaupun sekarang sudah dizaman moden.Barang kemas,alat penyiram tanaman bantuan,mesin tebu,oven besar untuk perniagaan bahulu,motorsikal,dll.

Mereka mendapat sedikit duit bantuan dari wakil rakyat dan bantuan pakaian dan bahan keperluan asas.Mereka juga dijanjikan bantuan pembinaan rumah baru oleh wakil rakyat.Tetapi apa yang menyedihkan,rumah bantuan yang dijanjikan itu sangat sukar untuk dilaksanakan.

Mungkin ramai yang menganggap ibubapa mertua saya mempunyai 11 orang anak dan tidak perlukan lagi bantuan rumah itu.tidakkah mereka fikir bahawa kami juga mempunyai tanggungjawab masing-masing.setakat gaji 2000 sebulan,sewa rumah,bil,kereta,belanja makan anak-anak,bas sekolah,asrama,mampukah kami hendak membina sebuah rumah untuk ibubapa kami dalam masa yang singkat?


Akhirnya,hari ini,dengan kerjasama anak-anak,mertua saya telah berjaya membina kembali sebuah kediaman indah walaupun tanpa bantuan wakil rakyat.dengan segala yang diambil dari kita,Allah pasti akan memberi yang lebih baik untuk kita.insyaallah...tidak lama lagi kami akan mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat kerana Allah melimpahkan kurnia dan kesabaran kepada kedua ibubapa mertua saya.

Monday, April 5, 2010

DENGGI

Denggi boleh dikatogorikan sebagai Virus yang disebarkan oleh nyamuk aedes.Ia terbahagi kepeda dua iaitu denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Masalah denggi di Malaysia sekarang semakin menjadi-jadi dan saya ingin bercerita tentang apa yang saya tehu mengenai denggi berikutan dari kematian seorang pelawak popular tanah air kita Din Beramboi.

Virus ini boleh berkembang biak didalam nyamuk,dan seekor nyamuk yang mengandungi virus,boleh menjadi penyebar sepanjang hayatnya.Virus ini tersebar dari seorang individu kepada individu lain melalui gigitan nyamuk.Seekor nyamuk betita mampu menurunkan virus ini kepada telurnya.Oleh itu,seekor nyamuk dewasa mampu menjadi penyebar virus walaupun belu pernah menggigit pesakit denggi lain.

Tanda gejala demam denggi ialah;-

1.Demam panas akut selepas 5hari gigitan nyamuk yang mengandungi virus.
.sakit kepala(berdenyut dirongga mata)
3.sakit tekak,sendi dan otot.
4.Ruam mukulopapul akan timbul selapas3 atau 4 hari demam
5.kanan-kanak yang dijangkiti biasanya mengalami demam,ruam,dan akan meragam kerana kesakitan dibahagian sendi terutama ketika didukung.

Demam biasanya sekitar 5hari dan jarang-jarang melebihi 7hari.Namun ada sesetengah pesakit yang demam berlanjutan sehingga beberapa minggu lamanya.
setelah sembuh,pesakit akan merasa lemah dan murung.pesakit ini perlu sentiasa diawasi kerana adakalanya mereka turut mengalami pendarahan gusi dan hidung(kencing berdarah).Ia perlu diawasi agar tidak menjadi denggi berdarah.

DENGGI BERDARAH
Empat tanda denggi berdarah ialah:-
1.Pendarahan hemoraj,iaitulebam dikulit,hidung berdarah dan gusi berdarah.Ia berlangsung 2 hingga 7hari demam.
2.demam panas.
3.pembesaran hepar(hati)
4.Kegagalan sistem peredaran darah.

Sesetengah pesakit akan sembuh selepas dememnya reda.tetapi sesetengah mereka bertambah parah dan menunjukkan tanda kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit lembab dan dingin,bibir lebam kebiruan,denyutan nadi cepat dan lemah,hipotensi.

Penyakit ini memerlukan pengesanan awal bagi mengelak renjatan.Demam denggi berdarah,memerlukan pengawasan doktor supaya tidak berlaku renjatan dan sawan.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadapi penyakit bawaan nyamuk.
Pada bulan febuary 2009,pertama kali saya mengalami demam yang sangat kuat.Ketika itu saya sekeluarga pulang kekampung untuk menghadiri majlis kenduri di Maran.Walaupun telah mengambil ubat,tetapi masih demam kuat dan menggeletar kesejukan.Otot dan sendi saya juga teramat sakit dan lenguh.selepas lebih kurang 5jam saya demam,anak kedua saya deman dengan simptom yang sama.kami makan ubat panadol selang 5jam kerana panas badan yang tidak turun.kami menghabiskan masa dengan tidur sahaja.makanpun tiada selera.

Keesokannya,suami saya pula demam.Apakan daya tukang masak tak larat bangun,boss besarpun tak larat nak bangun,kami terpaksa makan ubat tanpa makan apa-apa.

Keesokan harinya kami pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan demam.keesokannya,adik ipar saya demam yang sama juga.Masuk hari kelima,kami keklinik kesihatan membuat pemeriksaan darah.plt darah saya menunjukkan bacaan 265. anak dan suami saya,juga 200 keatas(maaf saya dah lupa bacaan yang tepat)

Malang bagi adik ipar saya,baru masuk hari kedua demam,pagi itu,bacaan plt darahnya 130.Mereka menahan adik saya di klinik untuk memasukkan air.Namun selepas beberapa botol air dimasukkan,plt darahnya turun kepada 63.Dia dimasukkan ke wad di Selayang.Maka ramailah saudara yang datang melawat.Pada sebelah malam,darahnya turun sampai 9 kalau tak salah saya.muntahnya mengandungi bintik darah beku.badannya penuh dengan bintik-bintik.Tapi syukur alhamdulillah,deringan handphone diwaktu subuh hari itu membawa khabar baik,plt darahnya naik kepada 13.tengahari itu plt darahnya naik kepada 60.Dan perkembangan baik ini,membolehkan dia keluar dari wad.

Kami dirumah,walaupun tidak seteruk adik,tapi bintik ruam juga muncul dikulit.kami minum air sebanyak mana kami mampu walaupun terpaksa berulang ketandas akibat dari itu.


Kepada semua yang membaca coretan ini,ketahuilah bahawa pemeriksaan awal pencegahan denggi itu amat penting.bayangkan kalau adik saya pergi ke klinik selepas 3hari demam,tentu dia mendapat denggi berdarah.alhamdulillah....semua ini menjadi kenangan yang tidak mungkin kami lupakan.Ingatkan balik kampung nak membantu kenduri kahwin anak buah,rupa-rupanya,balik kampung untuk tidur.wassalam.


Saturday, April 3, 2010

DIALEK PAHANG

Ramai orang mengetahui bahawa Siti Nurhaliza,Azhar Sulaiman dan Sharifah Shahirah berasal dari negeri pahang.namun tahukah anda bahawa loghat Pahang itu adalah berbeza antara sesebuah kawasan?

Kalau kita pergi ke Kuantan,mereka akan bercakap dalam pengaruh loghat kelantan dan Terengganu.contoh,kita nak cepak ni,nok juppe kawang.mung nok ikuk?

Kalau kita pergi ke Temerluh,mereka akan cakap,koi nak cepait ni,nak jumpa ghodoang/rodong(susah nak dieja).awok nok ikuit?

Kalau kita keJerantut keh nak lekaih ni.nak jumpe kawain,ok nok ikek?

Kalau kita pergi ke Kuala Lipis,kaweh/keh nak cepet ni.nak jumpa kawan.demeh nak ikek?

Kalau kita ke kuala Krau,mereka akan cakap,ta nak lekaih ni.nak jumpa kawan.di nak ikt?

Di sini adalah antara bahasa dialek yang kita boleh jumpa di Pahang.Tetapi bagi masyarakat felda,semua peneroka felda di Pahang berasal dari berbagai negeri di Malaysia yang kaya dengan dialek masing-masing.

dimasa sekarang,mereka telah melahirkan generasi baru sebagai anak Pahang.Diantara mereka ada yang masih kekal dengan dialek datuk nenek mereka.Tetapi,tak kurang juga yang telah mencampur adukkan semua dialek sebagai satu.mungkin jua....pada suatu masa nanti,felda akan menghasilkan satu dialek baru untuk satu masa akan datang.wallahu a,alam.

Namun,walau apapun,saya yakin,kami tetap bersatuhati sebagai satu Malaysia.dan saya masih bangga menjadi anak Pahang walaupun tinggal di Kuala Lumpur.

Thursday, April 1, 2010

SALAHKAH HUKUMAN SEBAT DIJALANKAN

Saya yakin,masih ramai yang belum tahu tentang hakikat bahawa hukuman sebat sivil dan hukuman sebat syariah itu tidak sama.

1.saiz rotan sebatan adalah berbeza.

2.pemeriksaan kesihatan pesalah sivil boleh diperiksa oleh mana-mana pegawai
kesihatan,manakala pesalah sivil hanya boleh diperiksa oleh pegawai yang
beragama islam.

3.perlaksanaan hukum pesalah syariah hanya dilaksanakan oleh pegawai sebat yang beragama islam.

4.tempat sebatan jenayah sivil adalah dibahagian punggung sahaja.manakala pesalah syariah tempat sebatan tidak tertakluk pada satu bahagian sahaja(kecualimuka,kepala,perut,dada dan bahagian sulit)

5.cara sebatan jenayah syariah,tidak boleh mengangkat rotan sehingga keparas kepala,dan sebatannya adalah sederhana supaya tidak melukakan kulit pesalah.

6.pesalah sivil disebat tanpa alas,manakala pesalah syariah,adalah menutup aurat dan sebat diatas pakaian.

7.pesalah jenayah sivil yang tidak dapat dilaksanakan hukuman kerana sebab kesihatan,akan dirujuk kemahkamah,manakala pesalah syariah akan ditangguh hukumannya sehingga kesihatannya mengizinkan.

8.pesalah sivil,perempuan tidak boleh disebat,manakala sebaliknya bagi pesalah syariah,

9.saksi tidak diperlukan ketika perlaksanaan hukuman jenayah sivil,manakala bagi hukuman syariah,memerlukan empat orang saksi.

saya menghuraikan,jika pesalah itu melakukan kesalahan tanpa saksi atau tidak mengaku kesalahannya,hukuman sebat tidak akan dijalankan.marilah kita bersama-sama menilai.sejauh mana hukuman sebat itu patut dijalankan.
cuma pesanan saya,junjunglah Al-Quran sebagai pedoman hidup,kerana Allah itu MAHA ADIL.