Tuesday, April 20, 2010

CINTA WANITA

Akhir-akhir ini kita sering digembar-gemburkan dengan berbagai cerita wanita yang ditipu lelaki.Ada wanita yang sudah bergelar nenek ditipu lelaki Afrika,gadis malaysia ditipu lelaki lombok,gadis hamil gara-gara ditipu kekasih,dan bermacam-macam lagi.

Apa yang saya kesalkan,mengapa anak-anak melayu terlalu mudah diperdayakan oleh cinta?tidakkah mereka mahu untuk meletakkan garis panduan sebagai wanita islam sejati agar perkara begini tidak terjadi?

Cuba kita bayangkan jika seorang gadis menggariskan diri mereka dengan tuntutan islam,jika ditakdirkan jatuh cinta,jangan keluar berdua-duaan terutama ketempat yang tersembunyi,apakah mampu iblis mencelah dan menghasut supaya melakukan angkara mungkar?pasti anak-anak diluar nikah tidak akan ujud dimuka bumi ini.


Jika wanita yang kesunyian ditinggalkan suami meletakkan diri mereka sebagai wanita islam,mereka pasti tidak sewenang-wenangnya menyerahkan harta mereka kepada lelaki yang tidak ada apa-apa hubungan kekeluargaan dengan mereka.Apakah kekasih itu adalah segala-galanya buat kita?

Jika para gadis Malaysia jatuh cinta pada lelaki Lombok,apakah benar-benar lelaki itu bertanggungjawab dan ikhlas?Jika begitu,mengapa gadis tiada hak untuk mengajak lelaki itu melalui jalan yang betul untuk membina masjid?Mengapa anak gadis mahu dilarikan?seharusnya,gadis yang mempunyai ibubapa yang menyayangi mereka,tidak boleh memilih kekasih dan membuang keluarga.

buang emak buang saudara itu tidak boleh digunakan demi cinta.kerana ibubapa dan saudara adalah teman kita yang paling rapat.Apakah kita tidak boleh bersabar untuk memujuk keluarga menerima pilihan kita?

Sesungguhnya Allah telah menjadikan kita berpasang-pasangan.Berapa ramaipun perempuan didunia ini,Allah tetap menciptakan pasangan untuk mereka.Andai jodoh kita tertulis dengan lelaki mana sekalipun,Gariskanlah hidup kita dengan panduan dari hadis dan kitab allah,insyaallah semua masalah ini tidak terjadi pada kita.

Bagi saya,kita hidup didunia ini bukan kerana lelaki.mengapa harus ada yang berkata"aku tidak dapat hidup tanpa kamu".Sesungguhnya kita hidup kerana Allah ta'ala.Setiap yang hidup didunia ini pasti akan mati.segala yang kita sayangi didunia ini pasti akan hilang bila Allah mahukannya.

Walaupun saya sangat menyayangi ibu saya,Ibu yang saya sayangi jua telah pergi meninggalkan saya.insyaallah saya masih hidup kerana Allah mahukan saya hidup.Ada kakak-kakak yang sayangkan suami mereka,tetapi mereka tetap boleh hidup bahagia.Ada kekasih yang putus cinta masih mampu menjadi isteri yang baik,mengapa harus ada lagi yang berkata tidak boleh hidup tanpa kekasih?

Walau apapun,kita sebagai manusia harus bersyukur atas apa jua yang Allah tentukan untuk kita.Insyaalllah,setiap apa yang berlaku itu ada fadilat disebaliknya.Buat gadis,wanita,isteri-isteri,jagalah dan sayangilah dirimu agar tidak menjadi mangsa godaan syaitan.Perbanyakkan bacaan agar ilmu berkembang didada dan menjadi panduan untuk kita meniti hidup ini dengan lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment