Thursday, April 8, 2010

RUMAH TERBAKAR(LIPIS)



Pada tarikh 1HB disember,kami sekeluarga dikejutkan dengan berita tentang kebakaran dirumah orang tua suami saya di Kuala lipis.

Pada masa kebakaran itu berlaku,kedua mertua saya menghadiri kenduri kahwin dirumah seorang jiran kampung.

Suami saya dan adik beradiknya yang lain semua bergegas pulang kekampung.Ketika mereka sampai,bomba sudahpun memadamkan api yang memakan rumah kami.

Ketika kemalangan itu berlaku,ayah,ibu dan adik ipar saya yang tinggal disana berada dirumah kenduri.Ketika api sedang marak dan asap berkepul-kepul,orang kampung bergegas ketempat kejadian.

Ibu mertua saya tidak diberitahu kerana bimbang penyakit darah tingginya datang selepas mendengar berita buruk ini.Namun mereka terpaksa memberitahu juga setelah beliau sendiri telah dapat mengagak dari reaksi orang ramai.Ibu mertua saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tingginya terlalu tinggi sehinggakan tidak dapat bangun.

Bapa mertua saya sempat menyaksikan kejadian itu.Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana api sedang marak membakar.Satu barangpun tidak dapat diselamatkan.Pasukan bomba datang 15minit selepas dihubungi oleh orang kampung,namun ketika itu,rumah kami sudahpun ranap sama sekali.

Dengan kerjasama orang kampung dan 11 orang adik beradik dan ipar,rumah sementara yang berdindingkan atap zink siap dibina dalam masa 2hari.Pada malam pertama selepas kejadian,keluarga perempuan dan anak-anak menumpang tidur di rumah keluarga berdekatan,manakala yang lelaki tidur dipondok tanpa dinding dan kehujanan.



Kerugiannya memang besar kerana mereka menyimpan duit tabungan dirumah walaupun sekarang sudah dizaman moden.Barang kemas,alat penyiram tanaman bantuan,mesin tebu,oven besar untuk perniagaan bahulu,motorsikal,dll.

Mereka mendapat sedikit duit bantuan dari wakil rakyat dan bantuan pakaian dan bahan keperluan asas.Mereka juga dijanjikan bantuan pembinaan rumah baru oleh wakil rakyat.Tetapi apa yang menyedihkan,rumah bantuan yang dijanjikan itu sangat sukar untuk dilaksanakan.

Mungkin ramai yang menganggap ibubapa mertua saya mempunyai 11 orang anak dan tidak perlukan lagi bantuan rumah itu.tidakkah mereka fikir bahawa kami juga mempunyai tanggungjawab masing-masing.setakat gaji 2000 sebulan,sewa rumah,bil,kereta,belanja makan anak-anak,bas sekolah,asrama,mampukah kami hendak membina sebuah rumah untuk ibubapa kami dalam masa yang singkat?


Akhirnya,hari ini,dengan kerjasama anak-anak,mertua saya telah berjaya membina kembali sebuah kediaman indah walaupun tanpa bantuan wakil rakyat.dengan segala yang diambil dari kita,Allah pasti akan memberi yang lebih baik untuk kita.insyaallah...tidak lama lagi kami akan mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat kerana Allah melimpahkan kurnia dan kesabaran kepada kedua ibubapa mertua saya.

No comments:

Post a Comment