Pertama sekali,saya ingin perkenalkan seorang wanita yang cukup gigih pada pandangan mata saya.Beliau dibesarkan oleh seorang abang yang sangat garang.beliau juga memang seorang yang sangat kreatif.sejak kecil,beliau sudah pandai menyulam tampuk bantal golek dan menjual kepada sesiapa yang menempahnya.
Dizaman gadisnya,beliau sudah pandai menganyam tikar mengkuang sebagai sumber pendapatan.Setelah beliau dewasa dan dijodohkan dengan sepupu beliau,beliau dikurniakan 11orang cahaya mata.Demi membesarkan dan menyekolahkan anak-anak,beliau menjadi penjual kueh dan hasil serai,kunyit,terung,sawi yang ditanam sendiri.
Setelah anak-anak sudah bekerja,maka terlepaslah tanggungjawab beliau menyara anak-anak.namun kebiasaan beliau bekerja dan mencari duit,beliau tetap meneruskan aktiviti ini.
Ketika beliau merancang perkahwinan anak bungsu beliau,beliau dikejutkan dengan trajedi rumahnya yang terbakar pada 1.12.2007.Dan orang itu adalah ibu mertua saya.Bayangkanlah betapa sedihnya melihat rumah dan wang hasil titik peluh sendiri
terbakar hangus.Beliau sendiri diserang penyakit darah tinggi yang hebat ketika itu.
Semenjak kejadian itu,beliau sering sakit dan demam.apatah lagi tekanan darah beliau tidak pernah turun menyebabkan beliau sering sakit kepala.Beliau pernah demam teruk gara-gara memikirkan anak bungsu kesayangan hendak berkahwin tetapi rumah sudah hangus,bagaimana hendak mengadakan kenduri?
Apa yang saya kagum,walaupun rumah terbakar dan hanya tinggal dirumah sementara yang berdindingkan atap zink,beliau mampu memanfaatkan tanah yang terbakar itu sebagai tapak menanam pokok terung.dan hasil terungnya tersangatlah cantik dan jauh lebih besar dari biasa.Dan hasil jualan terung itulah yang banyak membantu kami membina rumah baru.
Yang membuat saya terharu,keadaan kesihatannya yang sering terganggu tidak sedikitpun melemahkannya membuat pecal,kuih muih sayur-sayuran untuk berjualan.Saya rasa sangat kagum dengan kegigihannya,yang saya rasa,tidak ada lansung pada diri saya.
Kepada diri sendiri dan sesiapa yang membaca cerita ini,pandanglah kehadapan dan renungkanlah.Apakah kita ini langsung tiada kekuatan untuk berjuang memperbaiki taraf hidup kita?Setiap peluang yang datang pada kita,sambutlah selagi ianya halal.kerana peluang yang sama tidak selalu datang dua kali.Tabik makk......
Walau apapun,jangan lupakan doa.kerana Allah itu maha mendengar apa jua permintaan umatnya.Jika kita sekali gagal,mungkin Allah belum mahu memberi apa yang kita mahukan.Yakinkan diri kita,bahawa Allah tidak akan lupakan kita andai kita tidak lupakan Allah.insyaallah.
Wednesday, April 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment