Pada tahun 1974,saya bersama keluarga saya berpindah ketanah rancangan felda untuk menyambung hidup.Sebelum itu,kami tinggal dikampung dan ayah saya cuma bekerja kampung yang tiada pendapatan tetap.
Ketika kami mula tinggal disana,masih banyak rumah kosong disekeliling rumah kami.ketika itu saya baru berumur 4tahun dan mempunyai seorang adik lelaki dan 5orang kakak.Bayangkanlah kami 7adik beradik yang berpindah ketanah rancangan yang masih belum ditanam apa-apa pokok.
Sementara menunggu pokok getah membesar,kami sempat mengerjakan sawah padi dikawasan paya dibahagian tanah rendah didalam ladang kami.Saya masih ingat saat-saat indah kami menghalau burung dengan gantungan tin-tin susu sebagai penghalau burung yang ingin memakan padi,menggoyang orang-orang yang berbaju kurung ditengah sawah,semua ini sungguh seronok bagi kami.
Saya juga tidak pernah lupa pada kejadian ngeri yang menimpa jiran kami yang diserang babi hutan ketika sedang mengerjakan sawah.Berita kecederaan yang agak parah tentang seorang penerokawati dan ibunya yang berlumuran darah kerana berlawan dengan babi hutan itu terpampang didada akhbar hari itu.
Setelah pokok getah sudah mula boleh ditoreh,saya sebagai adik,pastinya ikut keladang menaiki motorsikal ayah.Saya duduk dengan kaki didalam raga motor,emak dan adik membonceng dibelakang.manakala kakak-kakak saya sudahpun bersekolah.
Satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan ketika itu,saya yang sedang duduk dihadapan sekali tiba-tiba terkejut dengan jeritan emak.Rupa-rupanya saya tertidur dihadapan motor ayah sehinggakan tidak perasan ada seekor ular melintas jalan.alangkah ruginya saya rasa ketika itu kerana tak dapat melihat ular yang diceritakan.
Masa telah berlalu namun bilangan adik beradikpun telah bertambah.tanggungan ayah juga kian bertambah.Ayah terpaksa mencari kerja lain untuk menyara anak-anak.Ayah bekerja dengan seorang tauke balak sebagai panebang balak.Gajinya agak lumayan untuk menampung perbelanjaan kami.Namun,sehingga kehujung bulan,kami terpaksa berhutang dikedai untuk mengisi perut.
Saya masih ingat ketika arwah emak mengandungkan adik perempuan saya yang kesembilan.Walaupun kandungannya sudah mencecah 9bulan,emak masih lagi berusaha keladang untuk menoreh getah.Oleh kerana ayah tiada dirumah,emak terpaksa berjalan kaki keladang selama 1jam setengah untuk sampai keladang kami.
Ketika cuti sekolah,kami adik beradik juga pergi keladang untuk membantu emak.namun apa yang menjadi kenangan tak dapat kami lupakan ialah ketika kami membawa adik lelaki yang berusia 3tahun keladang.kasihan melihat dia tidak berdaya untuk berjalan,kakakku akan mendukungnya.tetapi jika sesekali emak menoleh,cepat-cepat kakak akan menyuruh adik berjalan sendiri.
Setelah masa berlalu,emak mempunyai 6orang anak dara sunti termasuk saya kerana saya adalah anak keenam.oleh kerana tidak ada anak lelaki dewasa,kakakku telah belajar memandu motorsikal untuk memudahkan urusan kepejabat untuk mengambil duit hasil getah atau kekedai untuk membeli barang.
Sebagai anak perempuan,kami sering diumpat hanya kerana kami anak perempuan yang membuat kerja seperti anak lelaki.Namun,itulah dugaan bagi kami adik beradik.Bukan saja jiran-jiran,saudara marapun selalu memperli kami.Mungkin kerana ketika itu perempuan tak ramai yang pandai memandu motorsikal.apatah lagi membawa beras 10kg dibelakang motor.pelik sangat mereka melihat kami.
Selepas tamat persekolahan,saya sempat bekerja dipusat mengumpul getah sebagai seorang kerani.Setelah 7anak perempuan emak berkahwin,emak telah kembali kepangkuan ilahi.Ketika itu saya mempunyai 4orang anak.Ketika adik perempuan bungsu saya berkahwin,emak sudah tidak bersama kami lagi.Namun kenangan kami membesar dengan kasih emak yang tidak pernah membeza-bezakan kami,cukup untuk kami terus merinduinya.
Walau apapun,saya bangga menjadi anak felda walaupun terpaksa mengharungi jalan yang penuh onak dan duri.Saya sayang emak ayah yang membesarkan kami 11orang adik-beradik dengan tabah dan saksama.Sebagai anak felda,saya rindu kampung halaman tempat bermain dan bermanja.
Tuesday, April 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment